Dijual Dengan Nilai RM 67.35 Juta, Biola Stradivarius Albert Einstein Gunakan Akhirnya Terjual

Sebuah biola Stradivarius yang pernah digunakan untuk menghasilkan runut bunyi filem Wizard of Oz telah dijual dengan harga AS$15.3 juta (RM67.35 juta) pada satu acara lelongan di New York, Khamis lalu.

Biola buatan tukang mahir, Antonio Stradivari dihasilkan pada tahun 1714 itu adalah milik Toscha Seidel.

Seidel bukan sahaja menggunakannya untuk runut bunyi filem klasik Hollywood yang ditayangkan pada 1939 itu, malah dipercayai pernah digunakan untuk mengajar pelajar terkenalnya, Albert Einstein.

“Biola ini digunakan oleh saintis dan ahli matematik legenda. Mereka memainkan alat muzik ini di kediaman Einstein di Princeton, New Jersey,” kata Jason Price.

Pengasas Pusat Lelongan Tarisio, Jason Price menjelaskan bahawa daripada ribuan instrumen yang dibuat Stradivari, masih ada 600 alat muzik jenis itu yang diketahui setakat ini.

“Daripada jumlah itu, banyak yang berada di muzium, yayasan dan dalam keadaan yang tidak akan dijual.

Terdapat juga beberapa pilihan yang dikenali antaranya instrumen ketika zaman emas untuk muzik, iaitu antara tahun 1710 dan 1720.

Sebahagian besarnya adalah yang paling dikehendaki dan paling tinggi nilainya,” katanya.

Untuk lelongan biola ini, Pusat Lelongan Tarisio mendedahkan biola Stradivarius itu adalah milik koleksi Munetsugu di Jepun namun mereka tidak mendedahkan siapa pemilik baharu alat muzik tersebut.

Rekod biola Stradivarius paling mahal pernah dijual sebelum ini adalah pada 2011. Ianya apabila biola Lady Blunt dikatakan milik cucu penyair Lord Byron, Lady Anne Blunt dijual dengan nilai AS$15.9 jura (RM69.99 juta) di London.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca