Dijual Dengan Harga Lebih RM11 Juta, Lelongan Senjata Api Dan Pedang Napoleon

lelong

Sebilah pedang dan lima senjata api milik pemimpin tentera Perancis, Napoleon Bonaparte pada tahun 1799 telah dilelong pada harga lebih AS$2.8 juta (RM11.81 juta).

Pada 3 Disember lalu, seorang pembeli yang identitinya tidak didedahkan membuat keputusan untuk mengambil kesemua barangan itu di Rock Island Auction Company, Illionois.

Presiden syarikat lelongan itu, Kevin Hogan berkata bahawa nilai pedang dan lima lagi pucuk pistol itu pada awalnya di antara AS$1.5 juta (RM6.33 juta) hingga AS$3.5 juta (RM14.76 juta).

Pedang yang bernilai ini mempunyai sejarah yang tersendiri. Senjata itu dibuat oleh Nicolas-Noel Boutet iaitu pengarah kilang senjata di Versailles.

Napoleon dipercayai menyerahkan pedang tersebut kepada Jeneral Jean-Andoche Junot seletah menjadi Maharaja Perancis.

Kemudian isteri jeneral itu bertindak menjual pedang tersebut bagi membayar hutang dan akhirnya ditemui oleh Muzium London.

Seorang warga Amerika Syarikat merupakan pemilik terakhir pedang tersebut tetapi lelaki itu baru sahaja meninggal dunia berdasarkan kenyataan firma lelongan tersebut.

Pemilik terakhir pedang tersebut sebelum dilelong ialah seorang rakyat AS tetapi beliau meninggal dunia baru-baru ini, menurut firma lelongan tersebut.

Pada bulan Mei yang lalu, Perancis meraikan dua abad kematian Napoleon.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca