Dijeling Orang Ketiga, Isteri Hamil Tangkap Pegawai Bank Skandal Suami

dijeling-orang-ketiga-isteri-hamil-tangkap-pegawai-bank-skandal-suami

Seorang lelaki bergelar suami sewajarnya memberikan layanan yang baik selain bersedia jiwa raga untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang bapa sewaktu isteri sedang sarat hamil.

Mempunyai skandal adalah perkara terakhir yang sepatutnya terlintas di fikiran para lelaki. Tambah lagi selepas mengenangkan pengorbanan ‘orang rumah’ yang menahan keperitan melahirkan zuriat.

Namun, nasib malang menimpa wanita yang lebih dikenali sebagai Jess, kerana siapa sangka suaminya sendiri mempunyai skandal dengan seorang perempuan berstatus pegawai bank.

Jess dan suaminya telah berkahwin pada Oktober 2020 dan mendedahkan bahawa lelaki terbabit dahulunya pernah kantoi bermain kayu tiga pada bulan September tahun lepas.

Difahamkan, sebelum kedua-duanya ditemui dalam bilik penginapan yang sama, mereka pernah keluar bercuti bersama.

@im_jessss

Padahal karyawan bumn tapi kelakuannya sama kaya yg di obral sale 70% aka murah saaaaay😂 #pelakor

♬ Kamu jelek tapi ngangenin – Mas Paijo
Sumber: Tiktok (@im_jesss)

Jess cuba menjadi seorang wanita kuat, malah dia menyifatkan bahawa dirinya pasrah andai kata suaminya sendiri lebih berpendirian memilih wanita perampas terbabit.

Walhal hakikatnya, ada satu janin yang hanya menunggu masa untuk lahir sambil ditemani seorang insan yang bergelar ayah.

@im_jessss

Yaudah kalo km lebih milih perempuan itu drpd anak kita 🤪 aku rapopo 🤪🤪🤪

♬ Pamer Pacar Remix – I 🅰️ M
@im_jessss

Ngerasa udah menang mba? Semoga nanti nikah ga kaya cerita nadya ini ya 😙

♬ original sound – Andrew Thomson 🔥
Sumber: Tiktok (@im_jessss)

Ketika tembelang suaminya telah pecah, bagaimanapun wanita yang bekerja dalam bidang perbankan itu enggan meminta maaf kepadanya.

Lebih mengejutkan lagi, walaupun sudah terang-terangan dirinya bersalah selaku orang ketiga, wanita perampas itu sempat memberikan jelingan mata dengan wajah menjengkelkan kepadanya.

Sumber: Tiktok (@im_jessss)

Ketika artikel ini ditulis, dua video berdurasi selama 22 hingga 24 saat berkenaan sudah pun meraih 1.1 juta tontonan di media sosial Tiktok.

Menerusi empat video yang dimuat naik di aplikasi Tiktok itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Menjengah ke ruangan komen video di atas mendapati bahawa rata-rata warganet juga turut menyokong tindakan Jess terhadap wanita perampas berkenaan.

dijeling-orang-ketiga-isteri-hamil-tangkap-pegawai-bank-skandal-suami
dijeling-orang-ketiga-isteri-hamil-tangkap-pegawai-bank-skandal-suami
Sumber: Tiktok (@im_jessss)

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca