Diinspirasikan Daripada Watak Spongebob Squarepants, Ini 7 Rekaan Kasut Paling ‘Rare’

Setiap orang pasti mempunyai satu atau dua jenis barangan yang menjadi kegemaran. Pantang dilihat setiap kali berjalan di mana-mana kedai, pasaraya dan butik, pasti ada sahaja yang rambang mata dan terus membeli.

Selain daripada baju, beg tangan dan dompet, kasut juga merupakan satu daripada komponen pemakaian yang sering diambil berat oleh manusia. Rata-ratanya akan memliki lebih daripada satu jenis kasut untuk dipadankan bersama dengan baju yang dipakai.

Sama seperti beg tangan dan baju, kasut juga terdiri daripada pelbagai jenis, gaya dan rekaan. Berikut kami kongsikan 7 jenis gaya dan rekaan kasut sneakers terbaharu:

1. Yeezy BOOST, Adidas

Model Yeezy BOOST 350 V2 Glow turut dilancarkan di Malaysia dan dijual di Adidas Originals Concept Store di Suria KLCC. Bilangan kasut ini adalah terhad dan pembeli yang berminat haruslah membuat pendaftaran terlebih dahulu bermula jam 6.00 pagi dan melaksanakan pembelian pada pukul 10.00 pagi.

Harga jualan kasut tersebut bernilai RM1,300 sepasang. Uniknya, warna neon pada bahagian kasut tersebut akan memancarkan cahaya apabila berada di kawasan gelap. Maka, tidak hairanlah jika harga yang ditawarkan adalah mahal.

2. Naruto Kakashi, Copa Ultraboost

Adidas telah berjaya mencipta fenomena apabila berkolaborasi dengan siri anime popular, Dragon Ball. Bagaimanapun, Adidas pada kali ini meneruskan trend yang sama dengan berkolaborasi bersama siri Naruto.

Model Copa UltraBoost ini telah dipadankan dengan watak popular anime iaitu Hatake Kakashi. Lebih menarik, Adidas turut menyelitkan ‘mata’ Mangekyō Sharingan yang sinonim dengan Kakashi pada bahagian pull tab. Nama ‘Hatake Kakashi’ yang ditulis dalam Bahasa Melayu ini berjaya menaikkan lagi seri model kasut ini.

3. Spongebob Squarepants, Nike

Nike telah memperkenalkan koleksi kasut bertemakan Spongebob Squarepants sempena ulang tahun ke-20 program siri animasi tersebut. Rekaan ini merupakan hasil kolaborasi antara Disney dan juga Kyrie Irving.

Menariknya, koleksi ini hadir dengan 5 rekaan berbeza yang mengetengahkan 5 karakter program siri animasi tersebut iaitu Spongebob Squarepants, Squidward, Patrick, Mr. Krabs dan Sandy.

4. Happy Potter, Vans

Sebelum ini Vans dan Harry Potter tampil dengan 4 rekaan kasut yang mewakili setiap rumah di Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry. Namun kini, Vans dan Harry Potter kembali dengan koleksi kasut yang boleh direka oleh peminatnya sendiri.

Terdapat dua pilihan corak berinspirasikan Harry Potter yang boleh anda pilih. Kasut Vans yang memiliki ketebalan pada tapak pasti menambahkan keselesaan kepada pembeli setiap kali memakainya.

5. Converse Japan Chuck Taylor All-star

Konsep see-through bukanlah kali pertama diperkenalkan oleh Converse. Dengan peningkatan kualiti bahan yang digunakan, Converse Jepun akan memperkenalkan rekaan see-through pada rekaan identik Converse, Chuck Taylor All-Stars.

Rekaan ini akan didatangkan dengan dua warna iaitu putih dan merah jambu. Menggunakan bahan getah premium pastinya akan memberikan keselesaan dan membuatkan edisi kali ini lebih ringan.

6. Toy Story, Reebok

Koleksi kasut ini menggunakan model Instapump Fury yang menonjolkan watak dalam animasi Toy Story. Koleksi kasut tersebut tidak memiliki padanan yang sama di mana ia tampil dengan lebih unik dan berbeza. Pemilihan warna kasut pula mengikut watak dalam filem tersebut.

7. Gundam

Kolaborasi ini telah menghasilkan barisan sneakers yang diinspirasikan daripada karakter GUNDAM. Antara rekaan yang ditampilkan ialah MS-06F Zaku II dan MS-06S Char’s Zaku II.

Selain itu, karakter robot paling terkenal RX-78-2 juga didatangkan khas dengan set pin dan patch yang dijangka akan dijual dengan harga yang berpatutan dan mampu milik.

Maka, beruntunglah bagi mereka yang sangat menggilai animasi dan watak-watak yang terdapat dalam kartun tersebut. Hal ini secara tidak langsung menjadi peluang kepada peminat untuk membeli dan mengumpul koleksi kasut mengikut karakter yang digemari.

Penulis

  • Noor Azwanie Binti Arifin adalah pelajar daripada Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan Industri, Fakulti Filem, Teater
  • Artikel Lain Untuk Di Baca