Diiktiraf Lelaki Tertua Di Dunia, Lelaki Ini Bongkar Rahsia Di Sebalik Umurnya

Seorang lelaki berasal dari Romania telah diiktiraf menjadi lelaki tertua di dunia pada usia 111 tahun.

Dumitru Comanescu, yang tinggal di Bucharest Center for Seniors dilahirkan pada 8 November 1908 di daerah Prahova.

“Ia merupakan satu penghormatan apabila dipilih secara rasmi sebagai lelaki tertua di dunia dan mewakili Romania di peringkat tertinggi. Ia amat luar biasa,” katanya.

Ketika ditanya tentang apakah rahsia di sebaliknya umurnya yang panjang, Comanescu dengan senang hati berkata kasih sayang daripada isteri, anak lelaki, dan cucunya menjadikan hidupnya sentiasa tenang dan gembira.

Comanescu merupakan lulusan universiti pada tahun 1933 dan bekerja sebagai jurutera pertanian dan patologi tanaman selama lebih 70 tahun.

Dia telah melalui beberapa peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah dunia, termasuklah kedua-dua perang dunia, diperintah puluhan diktator tentera Romania, dan juga melalui zaman pemerintahan penjajahan Kesatuan Soviet di Romania pada tahun 1944 dan 1958.

Pada bulan Februari tahun ini, dia telah diisytiharkan sebagai ‘warga Romania tertua di kota Bucharest’.

Dewan Bandaraya Bucharest menganugerahkan kepadanya $ A1742 dan sebuah plak kehormatan sebagai tanda penghormatan kepada hidupnya dan sumbangan untuk pembangunan masyarakat dan komuniti kota Bucharest. Ia juga sebagai penghormatan dan penghargaan kepada warga tua Bucharest.

Bob Weighton

The Guinness World Records telah mengesahkan Comanescu sebagai lelaki tertua di dunia setelah Bob Weighton meninggal dunia akibat barah pada usia 112 tahun.

Menurut keluarganya, Weighton merupakan seorang bekas jurutera dan guru dari Hampshire di selatan England, menderita penyakit barah dan meninggal semasa tidur di rumahnya sendiri.

Manusia tertua yang pernah dikenali adalah merupakan Kane Tanaka dari Jepun, berusia 117 tahun.

Untuk baca lebih banyak artikel berkenaan manusia tertua di dunia, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca