Perkahwinan merupakan satu penyatuan yang suci dan indah. Namun begitu, tidak semua majlis penyatuan yang berlaku di seluruh dunia adalah atas dasar cinta dan berakhir dengan kebahagiaan.
Berikut merupakan lima kisah perkahwinan yang berakhir dengan tragedi dalam sejarah.
1. Andrew Robinson Stoney
Andrew Stoney yang menggelar dirinya sebagai Captain Stoney merupakan seorang warga Ireland yang berjaya menjadi suami kepada salah seorang wanita paling kaya di Great Britain yakni Mary Eleanor Bowes.
Mary Eleanor Bowes atau lebih dikenali sebagai Countess of Strathmore merupakan seorang janda dengan lima orang anak.
Andrew telah berjaya mengahwini Mary setelah memperdayakan wanita berkenaan dengan berkata dia hampir mati akibat kecederaan yang dialaminya selepas ‘bertarung’. Mary yang mengasihani rakannya itu segera bersetuju dengan perkahwinan itu.
Namun begitu, Mary akhirnya menyesali tindakan terburu-burunya itu selepas Andrew segera pulih dan mula menghabiskan wang dan menderanya. Malah, lelaki itu juga telah merogol beberapa orang suruhan Mary sehingga ada di antara mereka yang hamil.
Pada zaman ini, penceraian adalah sesuatu yang sangat asing dan berkontroversi tinggi. Namun, Mary tidak kisah semua itu. Countess of Strathmore itu telah bertindak menfailkan penceraian terhadap suaminya pada tahun 1789.
Kes penceraian itu mengejutkan warga Great Britain dan Andrew Stoney dinobatkan sebagai suami paling teruk dalam sejarah British.
2. Peter Abelard dan Héloïse d’Argenteuil
Kisah tragis ini berlaku pada Zaman Pertengahan yakni sekitar abad kelima sehingga abad ke-15. Peter Abelard, seorang ahli sarjana Perancis telah jatuh hati pada anak muridnya sendiri bernama Héloïse d’Argenteuil.
Hubungan kedua-dua mereka akhirnya berubah menjadi hubungan romantis sehingga menyebabkan kehamilan Héloïse. Pada awal abad ke-13, Peter dan Héloïse telah berkahwin secara rahsia.
Walau bagaimanapun, berita perkahwinan mereka akhirnya tersebar dan sampai ke pengetahuan bapa saudara Héloïse.
Berang dengan majlis penyatuan rahsia itu, bapa saudara Héloïse telah mengarahkan beberapa orang untuk menyunatkan Peter tanpa kerelaannya.
Peter yang malu dengan perlakuan tersebut telah mengabdikan diri dan isterinya kepada kehidupan paderi. Walaupun pasangan itu hidup berjauhan, mereka masih lagi menghantar surat cinta kepada satu sama lain.
3. Camila O’Gorman
Pada pertengahan abad ke-19, Camila O’Gorman merupakan salah seorang ahli keluarga golongan elit di Buenos Aires, Argentina. Ketika berusia 19 tahun, Camila telah jatuh hati pada seorang paderi bernama Ladislao Gutiérrez, 23.
Mempunyai hubungan intim dengan seorang paderi adalah perkara yang dipandang serong oleh masyarakat konservatif Katolik pada masa itu. Malah, ia juga merupakan satu dosa buat seorang sosialit seperti Camila.
Dek kerana terlalu sayang, Camila dan Ladislao akhirnya melarikan diri.
Camila dan Ladislao tidak pernah berkahwin tetapi mereka menyamar sebagai pasangan suami isteri sepanjang tempoh lima bulan di Goya, Argentina. Sebuah sekolah telah dibina di kawasan itu hasil usaha kedua-dua mereka.
Walau bagaimanapun, segalanya berubah tragedi apabila Camila disahkan hamil dan kisah penipuan mereka terbongkar. Camila dan Ladislao telah ditahan oleh pihak berkuasa dan dijatuhkan hukuman bunuh dengan tembakan pada tahun 1848.
4. Maria Marten
Pada tahun 1826, Maria Marten, 24, telah menjalinkan hubungan sulit dengan William Corder, 22. Pasangan terbabit telah dikurniakan seorang cahaya mata tidak lama kemudian.
Setelah dilamar William, pasangan itu telah berpakat untuk berkahwin lari. Maria dan William telah bersetuju untuk bertemu di sebuah bangsal merah sebelum melarikan diri bersama ke Ipswich. Walau bagaimanapun, majlis penyatuan mereka berdua tidak pernah berlaku setelah Maria mati dibunuh oleh kekasih sendiri.
William telah mengaku membunuh Maria dan menanam mayat ibu kepada anaknya itu di bangsal merah berkenaan. Lelaki itu akhirnya dihukum gantung sampai mati pada 11 Ogos 1828.
Kisah tragis ini digelar Red Barn Murder dan telah menjadi inspirasi buat beberapa lagu rakyat dan hasil seni.
5. James Coyle
James Coyle merupakan seorang paderi Ireland yang telah berpindah ke Birmingham, Alabama.
Pada tahun 1921. James telah merasmikan satu perkahwinan rahsia antara Ruth Stephenson dan Pedro Gussman.
Majlis penyatuan dua jiwa itu penuh kontroversi ekoran Ruth merupakan anak kepada seorang seorang paderi Methodist. Manakala Pedro yang berasal dari Puerto Rico merupakan ahli kumpulan Ku Klux Klan (KKK).
Sebaik sahaja berita tentang perkahwinan itu tersebar, bapa Ruth telah menyerang James di kediamannya dan menembak paderi itu sehingga mati di halaman rumahnya.
Bapa Ruth telah menyerah diri di sebuah mahkamah di mana dia diisytiharkan tidak bersalah terhadap pembunuhan tersebut.