Diharap Fans K-Pop Bertenang! Fans K-Pop Malaysia Terlampau Taksub, Betul Atau Auta?

Sejak beberapa tahun, fenomena K-pop sudah tular di Malaysia dan ada segelintir peminat K-pop begitu taksub sehingga mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mendekati artis atau kumpulan kegemaran mereka tersebut. Terdapat beberapa kejadian yang berlaku melibatkan peminat K-pop yang dikatakan terlebih fanatik terhadap artis atau kumpulan Korea yang mereka minati.

Sumber: aminoapps.com

Sebelum ini, terdapat satu kejadian yang berlaku di negara Malaysia sendiri iaitu peminat K-pop mengadakan majlis berkabung atas kematian salah satu ahli kumpulan SHINee, Kim Jong Hyun yang diadakan di Masjid Jamek. Peminat K-pop Malaysia dilihat berkumpul bersama-sama dengan membawa lilin, belon serta potret Kim Jong Hyun tanda memperingati penyanyi tersebut.

Menurut Mufti Perak, perkara ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan menjelaskan bahawa ia adalah haram untuk dilakukan bagi umat Islam. Sekiranya artis tersebut beragama Islam, hulurkan bacaan al-Fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat. Sekiranya tidak, doakan yang baik-baik sahaja.

Kali ini, Nami Cob Nobbler terpanggil untuk mengulas tentang peminat K-pop yang terlalu taksub dengan artis atau kumpulan pujaan mereka sehingga tidak terkawal. Anda boleh saksikan klip video tersebut di channel YouTube kami iaitu LejenTV. Anda juga boleh menonton video-video tentang isu semasa dengan lebih santai dan dijamin tidak akan kering gusi melihatnya.

Apa pendapat anda tentang perkara tersebut? Adakah anda setuju atau tidak? Jangan lupa berikan komen di ruangan komen video tersebut.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca