Digelar Sebagai El-Dorado Of The East, Ini 5 Destinasi Pelancongan Menarik Di Pahang Darul Makmur

Negeri Pahang yang terletak di pantai timur merupakan negeri terbesar di Semenanjung Tanah Melayu. Statistik kedatangan pelancong ke negeri ini pada tahun lepas merekodkan seramai 13.4 juta pelancong tempatan dan antarabangsa.

Terkenal dengan kawasan sejuk seperti Genting Highland, Cameron Highland, Fraser Hill dan Bukit Tinggi terdapat banyak lagi tempat lain yang menjadi tarikan pelancong luar sebagai destinasi percutian indah dan nyaman.

Tempat yang sememangnya terkenal dengan keindahan flora dan fauna ini sangat sesuai dijadikan pelabuhan untuk mereka yang gemar akan keindahan alam semulajadi. Berikut kami kongsikan lima tempat menarik di Pahang Darul Makmur:

1. Pekan Sungai Lembing

Pekan Sungai Lembing dahulunya merupakan pekan melombong bijih timah. Kawasan ini pernah digelar dengan panggilan El-Dorado of The East yang bermaksud Kota Emas.

Nama tempat pelancongan ini barangkali kedengaran seperti tidak gah, namun siapa sangka, di sebalik pekan ini terdapat banyak maklumat serta bukti-bukti sejarah kegemilangan perlombongan bijih timah di tanah Melayu. Antara kawasan yang menjadi tarikan pelancong ialah terowong sempit yang dijadikan sumber rezeki penduduk Sungai Lembing.

Bukan itu sahaja, terdapat sebuah bukit yang sangat indah iaitu bukit Panorama dan Charas. Ketinggian bukit ini adalah 955 kaki dari aras laut. Pengunjung hanya perlu memanjat 815 anak tangga untuk sampai ke puncak dan melihat pemandangan indah.

2. Tasik Chini

Tasik Chini merupakan sebuah tasik semula jadi kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera yang juga terletak di negeri Pahang. Bunga teratai merupakan perkara yang cukup sinonim dengan tasik ini.

Bunga ini terdiri daripada pelbagai jenis dan tumbuh di sekitar tasik menambahkan seri kawasan tersebut.

3. Air Terjun Sri Mahkota

Air terjun Sri Mahkota terletak di dalam Taman Negeri Endau-Rompin. Bersesuaian dengan namanya, air terjun ini sememangnya tersergam indah dan berupaya memukau mata pelancong.

4. Pulau Rengis

Pulau Rengis merupakan pulau yang paling menjadi tumpuan selain daripada Pulau Tioman. Istimewanya di pulau ini, pelancong berkesempatan untuk menyelam atau snorkeling dan berpeluang melihat pelbagai jenis ikan dan rupa terumbu karang yang menarik bentuknya.

5. Kuala Rompin

Seperti sungai Lembing, kawasan Kuala Rompin turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik buat pelancong yang berkunjung ke tempat ini. Antaranya ialah Pantai Hiburan Rompin yang sangat sesuai untuk keluarga berkelah atau barbeku (BBQ) sambil menikmati desiran ombak dan bayu laut.

Seterusnya dikenali sebagai nama Rumah Rakit yang memberi peluang kepada anda untuk memancing sambil menginap di kediaman tersebut. Penginapan ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bilik tidur, dapur dan ruang tamu.

Menarik, bukan? Jadi, apa tunggu lagi? Untuk mengetahui lebih berkenaan destinasi pelancongan di Pahang, anda boleh dapatkan komik yang memaparkan tempat menarik di negeri tersebut.

Komik ini terdiri daripada dua versi iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Judul komik dalam bahasa Melayu ialah Pahang, Koi Datang, manakala dalam versi Inggerisnya dinamakan sebagai Pahang, Here I Come.

Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk mengetahui lebih daripada 20 tempat menarik di Pahang!

Komik ini telah menerima 4 bintang daripada pembaca di Goodreads dan kebanyakan tinggalan komen terhadap buku ini adalah positif. Untuk mengetahui destinasi menarik di negeri Darul Makmur, anda boleh dapatkan buku ini menerusi laman web www.lejen.my dan juga di I Am Lejen Shop yang terletak di SS15, Subang Jaya.

Anda juga boleh dapatkan buku ini di booth Lejen yang dibuka bermula hari Jumaat hingga Ahad bersamaan 4 hingga 6 Oktober bertempat di Publika, Jalan Dutamas sempena Kuala Lumpur Alternative Bookfest (KLAB) tahun 2019.

Menariknya, Lejen menawarkan promosi berbaloi untuk dinikmati iaitu pembelian empat buah buku dengan harga RM50 sahaja. Terdapat banyak novel dan komik pelancongan menarik yang dijual sempena KLAB. Jumpa anda di sana!

Artikel Lain Untuk Di Baca