Digelar Pesawat Tanpa Sayap, Ini 5 Kereta Klasik Yang Paling ‘Rare’ Di Dunia

Jika anda terjumpa kereta klasik di jalan raya, pasti anda berasa kagum kerana kereta itu dijaga dengan baik. Lebih tepat apabila ia melibatkan kereta klasik yang sangat jarang ditemui kerana beberapa model sahaja yang pernah dihasilkan atau usianya.

Berikut kami kongsikan lima kereta klasik yang paling ‘rare’ di dunia:

1. Rolls-Royce 15 HP

Kereta ini diangkat sebagai kereta paling susah ditemui, tertua dan paling mahal di dunia. Kereta ini merupakan kenderaan pertama yang dihasilkan oleh Charles Rolls dan Henry Royce pada tahun 1904 di Manchester.

Daripada enam buah kereta yang dihasilkan, hanya satu sahaja yang masih wujud sehingga kini.

2. Dodge Hemi Coronet R/T Convertible 1969/1970

Kereta ini dihasilkan hanya empat unit selama tempoh empat tahun. Kereta ini merupakan salah satu ‘muscle car’ Amerika Syarikat yang paling jarang ditemui di dunia.

Jumlah penghasilan yang sangat rendah sudah cukup untuk menjadikan kereta ini terkenal di kalangan pengumpul kereta di seluruh dunia.

3. Porsche 916

Porsche 916 adalah model yang paling jarang ditemui di dunia. Hanya 11 unit kereta hebat ini dihasilkan dan kesemuanya adalah prototaip.

Kereta ini dihasilkan pada tahun 1972. Ketika itu, Porsche 916 adalah model Porsche yang paling laju dan ringan yang pernah dihasilkan dengan kelajuan maksimum 233 km sejam.

4. Talbot Lago Grand Sport

Talbot dikenali di dunia kerana menghasilkan kenderaan untuk kegunaan harian dan beberapa buah kereta untuk Formula 1.

Pada tahun 1948, Talbot Lago Grand Sport mempunyai dua versi iaitu versi lumba dan versi mewah. Hanya 12 unit kereta daripada versi mewah yang pernah dihasilkan dan ia menjadikan kenderaan ini sangat jarang ditemui.

5. Helica de Leyat 1921

Digelar sebagai ‘pesawat tanpa sayap’, kereta ini direka oleh pengeluar kereta Perancis iaitu Marcel Leyat. Apa yang membuatkan kereta ini unik adalah ia dikuasakan oleh kipas besar yang menyerupai pesawat.

Hanya 30 model Helica tahun 1921 dihasilkan kerana penampilan model yang luar biasa dan kelajuan yang sangat berbahaya.

Jika anda mempunyai kereta klasik, jaga dengan sebaik mungkin kerana tidak semua mampu memilikinya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca