Digelar Muka Macam Beli Ais Ketika Raya, Warganet Tampil ‘Back Up’ Mierul Aiman

Aktor meningkat naik Mierul Aiman berjaya mencuri perhatian orang ramai selepas menjadi salah seorang model yang memperagakan koleksi baju Melayu terbaharu jenama pakaian terkemuka Bulan Bintang pada Ahad lalu.

Disebabkan pelakon yang membawa watak Fakhri dalam Projek: High Council itu memiliki kulit sawo matang, segelintir warganet melabelkan Mierul sebagai seorang individu yang mempunyai rupa paras ‘biasa-biasa’ sama seperti lelaki lain selepas klip video pendek dia melakukan catwalk tular di media sosial.

Sumber: Instagram @mierulaiman

Selain itu, terdapat warganet yang mendakwa wajah pelakon berusia 25 tahun itu saling tidak tumpah seperti seseorang yang ditugaskan oleh keluarga untuk membeli ais ketika hari raya.

“Biasa je. Rupa biasa jumpa kalau hari raya muka naik motor beli ais,” tulisnya.

Komen warganet

Beberapa komen yang back up Mierul. Sumber: Twitter @twtbiy

Walaupun klip video pendek Mierul melakukan catwalk menerima reaksi negatif daripada segelintir warganet, tinjauan kami di laman Twitter mendapati ada juga yang bertindak menyebelahi aktor itu dengan berkata dia mempunyai aura dan ‘pakej’ lengkap sebagai seorang lelaki Melayu.

“Ternampak ada tweet kata ini muka pergi beli ais time hari raya. Nooo i’m gonna hype this guy walaupun tak kenal siapa. Tanned skin Malay man, ada tinggi, jawline cantik, handsome lah tu. Hidup lelaki Melayu!” tulis warganet itu.

Sumber: Instagram @mierulaiman

Selain itu, ada juga warganet lain yang tampil back up Mierul dengan berkata, “I don’t even care so much about Malay men but he is the ONE. Tall, pretty tanned skin, clear face, beautiful smile, smart.

I can’t deny that he is very attractive after seeing his work and his fans are doing a great job of editing his videos.”

Apa pendapat anda? Anda boleh tonton video penuh di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca