Digelar Hero Cilik COVID-19, Kanak-Kanak Ini Temui Ajal Dalam Kemalangan Ngeri

Seorang kanak-kanak perempuan yang digelar ‘hero’ kerana menjahit topeng muka untuk petugas hospital telah meninggal dunia dalam satu kemalangan nahas ATV yang mengerikan.

Lexi Collins, 10, maut pada Jumaat lalu di Munday, Texas walaupun perincian mengenai kemalangan itu belum dikeluarkan.

Lexi sebelum ini banyak menghabiskan masanya dengan menjahit hampir 100 helai topeng muka untuk dipakai oleh petugas hospital ketika penularan wabak COVID-19.

Ibu, nenek dan bapa saudaranya yang juga merupakan jururawat serta petugas hospital membuatkan Lexi mendapat ilham untuk menghasilkan topeng muka tersebut.

Gadis kecil itu juga sebelum ini pernah muncul di stesen berita KTXS pada 6 April selepas Hospital Umum Anson melahirkan penghargaan kepadanya kerana menjahit topeng muka untuk pekerja kesihatan di pusat perubatan berkenaan.

Hospital itu telah memuat naik ucapan terima kasih berserta gambar beberapa petugasnya memakai topeng hasil jahitan Lexi di Facebook.

Upacara pengebumian Lexi akan berlangsung pada isnin ini di Scruggs Field di Munday, Texas.

Untuk baca lebih banyak artikel mengenai kemalangan maut, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca