Digelar ‘Budak Getah’, Yash Shah Mampu Memusingkan Kepala Sehingga 180 Darjah

Digelar ‘Budak Getah’ dalam kalangan penduduk kampungnya, seorang lelaki yang bernama Yash Shah, 19 tahun, telah menarik perhatian warganet apabila dia mampu memusingkan tangan dan kakinya pada putaran sehingga 360 darjah manakala badan serta kepalanya pula sehingga 180 darjah.

Dia juga mengatakan tubuhnya begitu fleksibel dan boleh ‘masuk’ melalui raket tenis.

“Bahu saya pula dapat digerakkan ke pelbagai arah,” katanya.

Dia memerlukan tiga jam sehari untuk berlatih. Yash juga mengatakan bahawa ahli peliuk badan Amerika iaitu Daniel Browning Smith merupakan sumber inspirasinya selama ini.

“Saya tidak ada jurulatih khusus kecuali menonton video aksi Smith menerusi Youtube.”

“Setakat ini saya tidak pernah mengalami kecederaan ketika melakukan persembahan kerana dapat mengawal badan bagi melindungi diri daripada sebarang kecederaan,” katanya.

Selain itu, Yash juga mengharapkan agar dirinya dapat disenaraikan di dalam Rekod Dunia Guinness.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca