Diego Maradona Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Legenda bola sepak dunia, Diego Maradona meninggal dunia semalam (Rabu, 25 November), lapor agensi berita Reuters.

Diego Maradona dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Buenos Aires akibat serangan jantung.

Bekas pemain tengah dan pengurus pasukan Argentina itu sebelum ini dikatakan telah manjalani rawatan pembedahan untuk mengeluarkan darah beku pada otak, awal November lalu. Beliau juga dikhabarkan pernah menjalani rawatan pemulihan kerana ketagihan alkohol.

Presiden Argentina, Alberto Fernandez mengumumkan tempoh tiga hari berkabung sebagai menghormati pemergian Maradona.

Kehebatan dan bakat berkaitan sukan bola sepak yang ada pada Diego Armando Maradona memang tidak dapat disangkal oleh sesiapa pun. Walau bagaimanapun, pengambilan alkohol dan kokain yang berlebihan telah sedikit sebanyak menjejaskan kesihatannya. Maradona telah dirawat di hospital sebanyak tiga kali dalam tempoh 20 tahun yang lalu berikutan masalah kesihatan yang serius.

Mengimbas kembali era kegemilangan Maradona, beliau pernah diiktiraf sebagai salah seorang pemain terhebat dalam sejarah bola sepak dunia. Selain daripada itu, beliau juga berjaya membawa kemenangan kepada Argentina pada Piala Dunia 1986 dengan skil permainan yang luar biasa.

Memetik satu kenyataan di media sosial, Persatuan Bola Sepak Argentina menyifatkan pemergian Maradona sebagai pemergian yang amat dirasai, “Beliau akan selalu di hati kami.”

Tanda pagar #RipMaradona kini trending di laman sosial Twitter dengan ciapan-ciapan yang menzahirkan rasa dukacita di atas pemergian beliau.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca