Didapati Melakukan 2 Pertuduhan Jenayah, Pembekal Sayur Ini Didakwa

didapati-melakukan-2 pertuduhan-jenayah-pembekal-sayur-ini-didakwa
didapati-melakukan-2 pertuduhan-jenayah-pembekal-sayur-ini-didakwa
Sumber: Sinar Harian

Baru-baru ini, seorang pembekal sayur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan membunuh dan sengaja menyebabkan cedera parah kepada tiga orang lelaki di Taman Desa Maju Perak, Langkap bulan lepas.

R. Chandran, 34, mengangguk tanda memahami dengan pertuduhan bunuh yang dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Norita Mohd Ardan. Namun begitu, tiada sebarang pengakuan yang direkodkan kerana kes bunuh merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Tertuduh berpakaian lokap warna ungu didakwa telah membunuh R. S. Sagu, 29 di hadapan kedai kosong di Hala Kristal 1, Taman Desa Maju Perak sekitar jam 6 petang pada 13 Mei lalu.

Mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mandatori, dia didakwa jika sabit kesalahan.

Chandran didakwa melakukan kesalahan tersebut ke atas Kiran, 19 dan S. Saravanan, 26, bagi pertuduhan sengaja menyebabkan cedera parah dengan menggunakan sebilah parang di tempat, masa dan tarikh sama. Memetik laporan daripada portal Bernama.

Tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang didakwa. Mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukum penjara hingga 10 tahun, denda atau sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

Seksyen 326 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun, denda atau sebatan, jika didapati sabit kesalahan.

Pendakwaan ini akan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Azimah Che Ismail manakala tertuduh diwakili oleh peguam Charan Singh. Difahamkan, mahkamah telah menetapkan pada 6 Ogos untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca