Didakwa Tunggang Agama Untuk ‘Marketing’, Ini Respons Datuk Seri Vida

Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida menjelaskan bahawa beliau tidak mempunyai niat untuk menggunakan agama dalam melariskan jualan koleksi sejadah miliknya.

Penyanyi I Am Me itu turut akui bahawa beliau sedikit kecewa dengan sikap segelintir pihak yang semakin hari semakin melampau. Walaupun begitu, beliau berterima kasih kepada semua yang menyokongnya dan tidak salah faham dengan niatnya untuk menjual sejadah menggunakan nama Sejadah Doa Makbul.

Sumber: Instagram @datoserivida

Untuk pengetahuan anda, rekaan sejadah ini dipercayai mengambil inspirasi daripada kerinduan usahawan kosmetik itu terhadap Kaabah, hajarulaswad dan Makkah.

Menurut Vida lagi, koleksi sejadah berkenaan adalah cara untuk beliau melepaskan kerinduan di Masjidilharam. Tambahnya lagi, beliau turut teringat detik-detik berdoa di Multazam ketika pergi menunaikan umrah pada tahun-tahun sebelum ini.

Walau bagaimanapun, penggunaan nama Sejadah Doa Makbul kurang disenangi orang ramai kerana ia memberi persepsi yang kurang baik. Ada juga yang mendakwa tindakan Vida menggunakan nama doa makbul sebagai salah satu marketing menggunakan agama.

Sumber: Twitter @H_Bakkaniy

Sementara itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati ramai warganet kurang bersetuju dengan penggunaan nama untuk koleksi sejadah berkenaan:

Apa pendapat anda berkenaan perkara ini?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan Datuk Seri Vida, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca