Didakwa Tiru Nama Jenama Tempatan, Sharifah Rose Tampil Mohon Maaf

Nama perniagaan baharu Sharifah Rose menjadi bualan ramai baru-baru ini selepas ia didakwa menciplak jenama tempatan. Pemilik jenama tempatan itu juga berkata konsep yang dibawa oleh pelakon dan Instafamous itu sama dengan jenamanya.

Selepas isu itu tular, Rose tampil memberikan penjelasan di laman Instagram dengan berkata dia telah menjalankan kajian sebelum memilih nama perniagaannya.

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada keprihatinan dan sokongan yang diberikan ke atas isu yang sedang hangat diperbualkan.

Sejujurnya, banyak lagi yang Rose perlu belajar sebagai pendatang baharu ke dunia perniagaan dan saya terima semua pandangan dan kritikan dengan hati yang terbuka. Insya-Allah, Rose akan sentiasa memperbaiki kekurangan diri untuk terus berjaya.

Sumber: Instagram @sharifahrose_

Saya telah menjalankan kajian sebelum memilih nama perniagaan saya cuma saya hanya tahu kewujudan jenama yang diperkatakan itu sama dengan jenama Rose selepas melancarkan teaser di Instagram.

Perkataan sekuntum ini sangat dekat di hati Rose kerana ia adalah panggilan keluarga untuk saya sejak kecil lagi. Kami memutuskan untuk mendaftar nama Sekuntum kerana ia tidak terhad kepada bunga mawar sahaja.

Pada awalnya, team saya ada memberi cadangan untuk menamakan brand ini sebagai Sekuntum Rose tetapi saya menolak kerana tidak mahu ia hanya tentang diri saya. It’s about all flowers, shapes, colors and sizes,” ujarnya.

Dalam pada itu, Rose tampil memohon maaf sekiranya pihaknya telah mencetuskan kekeliruan dan menegaskan tidak mungkin dia akan meneruskan proses perniagaan sekiranya dakwaan itu benar.

Sumber: Instagram @sharifahrose_

“Banyak aspek perniagaan yang perlu dipertimbangkan memandangkan semua persediaan sudah dilaksanakan. Buat masa ini, Rose ingin memohon maaf sekali lagi sekiranya saya dianggap mencetuskan kekeliruan dan kajian semestinya telah dibuat oleh team saya sebelum sebelum memulakan bisnes.

Kami juga telah membuat checklist untuk mendaftar syarikat dan sudah mendaftar laman sesawang syarikat pada bulan September lalu. Kami tidak mungkin akan teruskan proses ini jikalau benar tuduhan yang ditujukan kepada kami.

Saya tidak berniat langsung untuk melukakan hati mana mana pihak. Sejujurnya, saya telah pun mengambil iktibar daripada isu ini untuk dijadikan pengajaran buat diri dan perniagaan Rose.

Saya terima semua maklum balas sama ada baik atau buruk kerana dengan cara itu sahaja saya dapat belajar dan berkembang. Akhir sekali, saya berharap agar kedua-dua pihak dapat berkembang dan mekar bersama,” tambahnya.

Apa pendapat anda tentang perkara ini?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca