Aktres jelita yang dikenali sebagai Jasmine Suraya Chin bagaimanapun memilih untuk berdiam diri daripada mengulas tentang fotonya yang berpakaian agak seksi.

Hal ini kerana, gambar yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya itu jelas memperlihatkan bahagian lurah dadanya.

Jelas Jasmine Suraya Chin Xian Mei, dia berasa amat bimbang sekiranya ulasan atau kenyataan yang diucapkan kemudiannya mampu menimbulkan salah faham dan menyentuh sensitiviti masyarakat.

Menurut laporan mStar, Jasmine Suraya turut berkata “Saya faham sekiranya warganet salah faham dan kurang senang apabila melihat foto yang memaparkan penampilan saya di sebuah acara hiburan yang dikongsikan menerusi Instagram.

Tetapi saya memilih untuk tidak memberikan sebarang komen mengenai isu tersebut sebab akan melibatkan banyak perkara seperti agama.”

Susulan daripada gambar yang dimuat naik oleh aktres berkenaan, kebanyakan warganet mula mempertikaikan penampilannya yang didakwa tidak mengenakan pakaian dalam sehingga kelihatan agak seksi.

Berikutan peristiwa itu, Jasmine berjanji akan lebih berhati-hati dalam setiap tindakan dan perlakuannya selepas ini.

Positifnya, wanita cantik ini juga dilihat menerima kritikan tersebut dengan hati yang terbuka apabila menganggap komentar warganet sebagai satu daripada cara yang dapat membantu memperbaiki dirinya.

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda