Didakwa Terima Bayaran RM20,000 Promosikan Vaksin COVID-19, Ini Respons Khairul Aming

Khairul Aming bukan satu nama yang asing kepada rakyat Malaysia. Sekiranya mengikuti pengasas Sambal Nyet itu di media sosial, beliau dilihat menggunakan platform dan pengaruhnya sebagai seorang influencer untuk menggalakkan para pengikutnya mengambil suntikan vaksin COVID-19.

Sumber: Instagram @khairulaming

Walau bagaimanapun, salah seorang pengikut Khairul yang antivaksin telah salah anggap niat baik beliau dengan menuduh lelaki itu ‘dibayar’ sebanyak RM20,000 untuk mempromosikan vaksin di laman media sosial.

Sumber: Twitter @khairulaming

Apa yang lebih mengecewakan ialah individu berkenaan turut mendakwa suntikan vaksin tidak mampu mengawal dan menghentikan pandemik kerana COVID-19 ialah satu virus yang sengaja dicipta.

Khairul telah berkongsi tangkap layar perbualan antara beliau dengan individu itu menerusi satu ciapan di laman Twitter.

“Vaksin tidak dapat hentikan pandemik ini pun kerana ia adalah virus yang dicipta. Banyak kali promote bro? Sudah terima bayaran RM20,000 ke? Saja tanya,” tulis individu berkenaan sebagai balasan terhadap Instagram Story Khairul.

Sumber: Twitter @khairulaming

Khairulaming kemudiannya membalas mesej itu dengan menjelaskan beliau tidak menerima satu sen pun bayaran untuk mempromosikan suntikan vaksin ini.

“Saya ikhlas buat semua ini untuk mendidik orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan gerakan antivaksin di luar sana. Negara sudah tenat, jadi cukup-cukup lah sebar benda mengarut yang tidak ada asas ilmu ini.

Kasihan dengan orang ramai yang sudah kehilangan ibu bapa kerana pandemik ini. Jangan kerana kesombongan kita untuk menuntut ilmu yang betul membuatkan orang lain kehilangan nyawa,” balas Khairulaming.

Sumber: Twitter @khairulaming

Selepas ciapan itu tular, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet turut berkongsi kisah mereka apabila terpaksa berhadapan dengan kenalan rapat yang antivaksin:

Apa pendapat anda tentang kenyataan tidak berasas individu berkenaan?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca