Didakwa Sengaja Bakar Kedai Kerana Mahu Insurans, Ini Respons Pemilik Jakel

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel iaitu Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel menyifatkan dakwaan kebakaran cawangan Jakel di Shah Alam disengajakan sebagai tindakan untuk membuat tuntutan insurans sebagai tidak masuk akal.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Faroz berkata dakwaan tular di media sosial itu langsung tidak munasabah memandangkan cawangan gedung tekstil di Shah Alam itu kedua termaju selepas Jakel Mall di Kuala Lumpur.

“Dalam keadaan sekarang dengan jualan akhir tahun, kedai pun penuh dan bisnes pun maju, takkanlah kita hendak buat kerja-kerja kotor,” ujarnya.

Sumber: Berita Harian

Beliau turut berkata tuntutan insurans belum tentu berpadanan dengan jumlah jualan Jakel terutamanya pada akhir tahun dan musim perayaan.

“Tuntutan insurans bukan sebulan, enam bulan pun belum tentu dapat, itu satu. Kehilangan peluang lagi, orang hendak berniaga boleh untung, sekarang raya sudah dekat.

Apabila raya, berapa banyak jualan Jakel, berapa juta ringgit? Berapa sangat nilai perlindungan insurans? Jadi, tak logik. Tak masuk akal sebab Jakel maju bukan syarikat yang bermasalah.

Lagipun Shah Alam adalah cawangan nombor dua paling maju, pertama di Jakel Mall (di Kuala Lumpur),” tambahnya.

Dalam pada itu, syarikat tekstil terkemuka berkenaan dipercayai telah mengalami kerugian kira-kira RM100 juta selepas bangunan wisma di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor terbakar pada 1 Januari lalu dan jualan di cawangan berkenaan difahamkan mampu mencecah RM300 juta setahun.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca