Didakwa Sebar COVID-19, Penduduk Bakar 3 Menara 5G Di UK

Akibat percaya teori konspirasi dalam talian yang mendakwa COVID-19 ini berpunca daripada rangkaian 5G, beberapa penduduk di United Kingdom (UK) membuat keputusan untuk membakar tiga menara telekomunikasi di negara tersebut.

Teori itu mula menjadi bualan ramai selepas beberapa selebriti terkenal berkongsi pautan berkenaan tanpa mengesahkan kebenaran perkara tersebut.

Susulan kejadian tersebut, kerajaan UK kini meminta syarikat media sosial seperti Twitter dan Facebook untuk memantau kandungan yang disebarkan oleh para pengguna terutamanya berita palsu.

Sementara itu, penularan wabak COVID-19 masih lagi berada pada tahap membimbangkan sehingga ke hari ini. Pada mulanya, saintis percaya bahawa wabak meragut nyawa ini bermula di Wuhan, China selepas virus itu melompat dari haiwan ke manusia di pasar bekalan daging eksotik.

Sebagai peringatan, anda boleh menyebar apa yang menjadi bualan ramai di media sosial dengan menggunakan satu butang sahaja. Walaupun begitu, kesan buruk tindakan anda tidak akan hilang dengan begitu sahaja.

Pada masa yang sama, ia menunjukkan segelintir daripada penduduk negara yang kita lihat sebagai maju dan bertamadun itu juga boleh tertipu oleh berita palsu dalam situasi genting seperti ini.

Apa-apa pun, jaga diri anda dan jadikan kesihatan anda serta orang sekeliling sebagai keutamaan sepanjang masa. Patuhi semua arahan kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkenaan teori penyebaran COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca