Didakwa Rosakkan Palang Pagar, Awal Ashaari Anggap Isu Ini ‘Kelakar’

Peguam Awal Ashaari menerangkan bahawa kes yang dituduh hanyalah perkara kecil kerana pengacara itu didakwa atas sebab kenakalan sahaja.

Nama sebenar, Ahmad Awaluddin Ashaari, 41, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan atas Akta Seksyen 427, khianat merosakkan palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara bulan lepas di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Peguamnya, Datuk M Reza Hassan menjelaskan bagi pihak Awal bahawa Akta Seksyen 427 ialah kes kecil atas dasar kenakalan sahaja.

Selepas diikat jamin RM2,000, dengan sebutan semula kes ditetapkan pada 15 Julai, Awal ada membuat penjelasan tentang apa yang berlaku secara live.

Pelakon menceritakan bahawa dia baru sahaja pindah rumah dan terlupa hendak membayar yuran pengurusan rumah lamanya atau sekarang, rumah itu sudah menjadi rumah keduanya.

Terangnya lagi, pada hari kejadian, dia perlu mengambil barang di rumah keduanya di Damansara dengan segera tetapi pihak pengurusan perumahan itu tidak membenarkannya masuk selagi dia tidak membayar tunggakan tersebut.

Awal sudah memiliki rumah tersebut selama 14 tahun dan ini kali pertama dia terlepas pandang untuk membayar yuran pengurusan atas sebab sibuk menguruskan proses berpindah ke rumah baru.

Oleh kerana tiada kerjasama dari pihak pengurusan, Awal bertindak untuk buka palang pagar perumahan itu sendiri membolehkan dia untuk masuk ke rumahnya.

Pihak pengurusan di situ membuat laporan polis hanya kerana Awal hendak masuk ke rumahnya sendiri.

Awal kecewa kerana pihak pengurusan perumahan yang dia sudah duduk sejak dia bujang hingga hidupnya sudah berkeluarga bersama Scha Alyahya dan anak-anaknya itu sanggup bertindak sedemikian terhadapnya.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca