Didakwa ‘Restart’ Tayangan Batman Selepas 45 Minit Kerana Ada Pelanggan Datang Lambat, Ini Respons TGV

Selepas kecoh isu sebuah pawagam di Viva City, Kuching, Sarawak didakwa mengulang semula filem The Batman selepas 45 minit ia ditayangkan kerana ada pelanggan yang datang lambat, pihak TGV Cinemas tampil membuat kenyataan rasmi dengan memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

Menerusi satu ciapan di laman Twitter, TGV Cinemas menjelaskan bahawa mereka sedang menyiasat isu tersebut dan memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku.

Sumber: Twitter @TGVCinemas

“Kami minta maaf kepada semua penonton yang terkesan dengan penangguhan sesi The Batman di TGV Vivacity pada Sabtu lalu.

Insiden ini tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) tayangan kami kerana semua sesi filem kami sepatutnya ditayangkan mengikut jadual.

Sebagai tanda permohonan maaf, kami akan memberikan dua tiket percuma dan akan memberi pembayaran semula sepenuhnya kepada semua penonton yang terjejas.

Kami benar-benar minta maaf atas kesulitan yang berlaku,” jelasnya.

Sumber: People

Untuk pengetahuan semua, dakwaan ini hadir selepas seorang individu di Facebook mendakwa tayangan The Batman yang dibintangi oleh Robert Pattinson dan Zoe Kravitz itu sudah dimainkan di pawagam itu selama kira-kira 45 minit sebelum ia terpaksa diulang tayang.

Apabila beliau bertanya alasan di sebalik tindakan TGV mahu restart filem tersebut, salah seorang staf memberi alasan bahawa terdapat pelanggan yang baru datang.

“Filem ini berdurasi 178 minit dan saya perlu bertahan 45 minit lagi kerana ada sekumpulan pelanggan yang datang lambat? Salah seorang pengurus berkata mereka boleh membuat bayaran balik kepada para pelanggan.

Saya beritahu dia ini bukan soal wang tetapi kesamarataan. Adakah anda cuba beritahu saya yang saya dan pelanggan lain kurang penting daripada mereka yang lewat? Ayuh TGV sila semak semula SOP anda,” ujar individu tersebut.

Apa pendapat anda?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca