Didakwa Persenda Kesucian Agama Islam Dalam Persembahan Komedi, Wanita Ini Ditahan Polis

Seorang wanita yang didakwa telah menghina agama Islam ketika membuat persembahan komedi di hadapan penonton baru-baru ini telah ditahan polis semalam.

Malaysiakini melaporkan Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu Noorsiah Mohd Saaduddin memaklumkan wanita itu direman tiga hari bermula semalam (10 Julai) sehingga 12 Julai ini.

Menurut Noorsiah lagi, suspek ditahan di Ibu Pejabat Brickfields di Kuala Lumpur dan siasatan masih diteruskan terhadap wanita itu. Unit Siasatan Jenayah Terkelas di Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menyiasat kes ini mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan (atas alasan agama menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci atau niat jahat).

Selain itu, siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian.

Buat anda yang masih keliru, sebuah video berdurasi 54 saat yang memaparkan seorang wanita yang didakwa telah menghina agama Islam dalam sebuah persembahan komedi di hadapan penonton tular di media sosial baru-baru ini dan ia menerima pelbagai reaksi daripada warganet.

Sumber: The Vocket

Sekiranya menonton video itu, anda akan melihat seorang wanita yang bertudung dan memakai baju kurung mendakwa dirinya telah menghafaz 15 juzuk al-Quran sebelum menanggalkan tudung dan baju kurungnya. Wanita itu dilihat hanya memakai baju yang mencolok mata.

Dalam pada itu, kelab tersebut turut mengecam kandungan video tular itu dalam hantaran Facebooknya sekeras-kerasnya dan mereka telah memfailkan laporan polis tentang insiden itu di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail di Kuala Lumpur.

“Individu terbabit dan pasangannya telah dilarang berada di venue berkenaan sebaik sahaja mereka selesai dengan persembahan,” katanya.

Selepas video itu tular, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menggantung sementara operasi sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr. Ismail.

Pada pendapat anda, apakah hukuman yang sesuai untuk wanita berkenaan?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca