Didakwa Persenda Agama Islam, Wanita Ini Berdepan Hukuman Penjara Sehingga 5 Tahun

Selepas didakwa telah menghina agama Islam ketika membuat persembahan komedi di hadapan penonton pada minggu lalu, tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Memetik laporan Buletin TV3, Siti Nur Nuramira Abdullah membuat pengakuan itu selepas jurubahasa membacakan pertuduhan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Tertuduh berdepan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun manakala teman lelakinya pula dipercayai akan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya mengikut Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sumber: Buletin TV3

Buletin TV3 turut melaporkan wanita itu ditahan di Jalan Gasing di Petaling Jaya selama empat hari sehingga semalam manakala teman lelakinya ditahan pada keesokan harinya dan direman selama tiga hari.

Buat anda yang masih keliru, wanita itu mendakwa dirinya beragama Islam dan menghafal 15 juzuk al-Quran sebelum secara tiba-tiba menanggalkan baju kurung dan tudungnya sehingga mendedahkan aurat ketika membuat sebuah persembahan di kelab komedi di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan juga memaklumkan pihaknya sedang menyiasat video itu manakala Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menggantung lesen kelab komedi itu serta-merta selepas video persembahan itu tular.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca