Didakwa Peroleh Tanah Secara Tidak Sah, Sudan Keluar Waran Tangkap Ke Atas Bekas Pegawai Petronas

Syarikat minyak dan gas negara, Petroliam Nasional Berhad (Petronas) bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Sudan selepas kerajaan sementara negara itu mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas pegawainya.

Memetik laporan Astro Awani, PetroDar Operating Company (PDOC) iaitu sebuah syarikat usaha sama Petronas di Sudan sedang melakukan tindakan undang-undang untuk membatalkan waran tangkap salah yang dikeluarkan terhadap bekas pegawainya. Waran tangkap itu dipercayai berkaitan dengan tuntutan kesatuan sekerja yang dibuat terhadap PDOC. 

“Perkara ini tidak berkaitan dengan proses perundangan berkaitan tuntutan semula hak Petronas ke atas tanah dan Kompleks Petronas di Khartoum.

Untuk tuntutan semula hak ke atas tanah dan Kompleks Petronas di Khartoum, pihak syarikat telah memohon arbitrasi (timbang tara) di Pusat Antarabangsa Penyelesaian Pertikaian (ICSID),” kata Petronas dalam satu kenyataan.

Sumber: The Vocket

Buat anda yang masih keliru, kerajaan sementara Sudan telah mengeluarkan waran tangkap terhadap pengurus negara Petronas. Langkah ini menyusul selepas hubungan tegang antara Malaysia dan Sudan selepas kerajaan Sudan merampas aset Petronas di sana.

Sudan berkeras mempertahankan tuduhannya terhadap syarikat minyak milik Malaysia yang didakwa memperoleh tanah secara tidak sah ketika pemerintahan bekas pemimpin Omar al-Bashir.

Memetik laporan Berita Harian, Petronas bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut dan menjelaskan bahawa hak milik tanah tersebut diperoleh mengikut jalan undang-undang yang sah.

Petronas mengesahkan bahawa mereka kini bekerjasama dengan Kementerian Luar Malaysia bagi menggunakan semua saluran diplomatik dengan pihak berkuasa Sudan dalam usaha meleraikan isu berkaitan. 

Menurut sumber yang dipetik Daily Sabah, tindakan yang dilakukan terhadap Petronas dan beberapa pelabur asing lain atas tuduhan kononnya berlaku korupsi itu boleh menjejaskan hubungan bilateral masa hadapan.

Bukan sahaja Petronas, sumber dipetik Daily Sabah itu turut menyatakan syarikat dari China dan Pakistan yang bertapak di Sudan turut menjadi sasaran.

Sumber: The Star

Selepas penggulingan Presiden Omar Al-Bashir, kerajaan peralihan Sudan mula meluluskan akta undang-undang dan membentuk Jawatankuasa Pengambilan Semula Wang, Anti Korupsi dan Pengusiran (ERC) yang mana jawatankuasa itu akan menilai semula perjanjian dan mengambil semula aset yang kononnya diambil secara tidak sah di bawah pentadbiran terdahulu.

Selain menyiasat Omar dan rakan sekutunya, jawatankuasa itu turut mensasarkan dan menuduh beberapa pelabur asing di Sudan atas tuduhan kononnya berlaku korupsi serta merampas aset mereka.

Untuk pengetahuan anda, Petronas telah bertapak di Sudan selama lebih dari 20 tahun dan turut membantu Sudan menjadi negara pengeksport minyak.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan Petronas, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca