Didakwa Pergi Ke Langkawi Untuk Bulan Madu, Ini Respons Neelofa

Selepas pasangan selebriti terkenal iaitu Noor Neelofa Mohd Noor dan Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz menjadi bualan ramai baru-baru ini kerana didakwa pergi ke Langkawi untuk berbulan madu, bekas pengacara MeleTOP itu akhirnya memberi keterangan berkenaan isu tersebut.

“Berhubung isu tersebut, saya mohon diberikan ruang untuk menyelesaikannya secara tenang dan profesional tanpa tekanan daripada mana-mana pihak yang berkaitan.

Itu sahaja permintaan saya. Saya tidak mahu ulas panjang-panjang kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan,” jelas Neelofa dalam temu bual tersebut.

Sumber: Instagram @neelofa

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Seri Panglima Abdul Hamid Bador ada menjelaskan bahawa tindakan segera akan dikenakan kepada pasangan tersebut sekiranya didapati bersalah melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Apabila ditanya tentang perkara ini, pelakon Suri Hati Mr. Pilot itu tidak mahu memberikan apa-apa respons, “Saya rasa tidak perlu untuk mengulas tentang perkara tersebut.

Ada tindakan atau tidak, biar saya settle sendiri. Sekiranya ada perkembangan terkini, saya akan maklumkan. Kita tengok nanti apa yang perlu dilakukan.”

Sumber: Instagram @neelofa

Dalam pada itu, Neelofa dan PU Riz mengikat tali perkahwinan di sebuah hotel terkemuka pada 27 Mac lalu. Apa pendapat anda berkenaan perkara ini?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca