Didakwa Miliki Semangat Mistik, Ini Penjelasan Daripada Pencipta Kotak Dybbuk

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila seorang YouTuber memuat naik sebuah video unboxing kotak Dybbuk di laman YouTube beliau.

Mana tidaknya, YouTuber yang dikenali sebagai PrinceMeed itu bercerita dalam video tersebut tentang betapa hebatnya gangguan yang bakal diterima pembuka kotak ini.

Disebabkan mahu ‘mencuba’ pengalaman membuka kotak ‘berhantu’ berkenaan, lelaki ini tidak menunggu lama untuk rasa sesuatu pelik sebaik sahaja Dybbuk Box dibuka.

Di sebalik orang ramai sibuk berbual tentang misteri yang menyelubungi Dybbuk Box, hantaran yang dimuat naik oleh Kevin Mannis di laman Facebook kembali tular baru-baru ini.

Beliau yang bekerja sebagai seorang penulis buku seram dan merupakan individu yang mencipta idea tersebut tampil menjelaskan kisah benar kotak berkenaan menerusi sebuah hantaran di laman Facebook.

Sumber: The Vocket

Menurut Kevin, kotak Dybbuk yang ‘dicipta’ oleh beliau ini sengaja ditokok tambah dengan kisah misteri supaya ia boleh menghasilkan elemen seram kepada orang ramai.

Tidak berhenti di situ, Kevin turut menunjukkan kotak Dybbuk asli ciptaan beliau yang kini digunakan sebagai tempat menyimpan arak.

Sumber: Twitter @zamirmohyedin

Dalam pada itu, lelaki tersebut tidak menyembunyikan perasaan terkejut apabila mendapat tahu ada peniaga yang turut menjual kotak Dybbuk Box di platform eBay.

Untuk pengetahuan anda, kotak misteri tersebut dianggap sebagai harta intelek Kevin jadi individu lain perlu tampil dengan idea baharu untuk meniaga di platform dalam talian berkenaan.

Selepas mendengar kenyataan daripada pencipta sebenar Dybbuk Box, rata-rata warganet mula tertanya sama ada Dybbuk Box ini benar-benar mempunyai entiti mistik di dalamnya.

Pada pendapat anda, adakah YouTuber tersebut sekadar berlakon demi konten YouTube sahaja atau sebaliknya?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca