Didakwa Miliki Rumah Banglo, Syed Saddiq Tampil Beri Penjelasan

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil menafikan dakwaan beberapa pihak bahawa beliau memiiki sebuah rumah banglo besar bernilai jutaan ringgit.

Ahli Parlimen Muar itu sebaliknya menjelaskan bahawa beliau telah menyewa rumah tersebut sejak berkhidmat di Kementerian Belia dan Sukan.

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) berkata menerusi satu ciapan di laman Twitter, “Saya jawab terus. Bila jadi menteri, ditawarkan tanah tetapi saya tolak. Rumah banglo menteri pun saya tolak. Saya pilih opsyen sewa rumah.

Ini rumah sewa. Bayar setiap bulan. Sekarang team office. Rumah sewa saya tidak ada kolam renang. Ia mempunyai tiga buah bilik dan pejabat. Saya merupakan menteri pertama yang mengisytiharkan jumlah aset peribadi,” ujarnya.

Sumber: Twitter Mario

Dalam pada itu, Syed Saddiq memuat naik sebuah video di laman Twitter untuk menunjukkan rumah sewanya kepada orang ramai.

“Banyak fitnah yang saya dapat beberapa hari ini sampai gunakan video mahal-mahal dan studio untuk menjatuhkan saya. Saya akan tunjuk rumah sewa saya yang juga merupakan pejabat saya dan MUDA.

Saya hanya boleh guna satu bilik sahaja kerana bilik-bilik lain telah dijadikan pejabat. Sebab itu bila jadi menteri dulu, saya tolak tanah dan rumah banglo di Putrajaya. Saya sewa sahaja rumah.

Sumber: Instagram @syedsaddiq

Pada masa yang sama, saya merupakan menteri pertama yang mengisytiharkan semua aset dan proses kontrak di Kementerian Belia dan Sukan secara open tender.

Saya telus dan tidak ada apa-apa nak sorok. Saya hanya ada iltizam untuk ubah Malaysia untuk jadi lebih berintegriti, bermaruah dan maju,” jelasnya.

Buat anda yang masih keliru, seorang pengguna media sosial memuat naik gambar banglo Syed Saddiq yang didakwa dilengkapi kolam renang mudah alih dan turut mempersoalkan pengisytiharan harta sebanyak RM722,312 oleh bekas Menteri Belia dan Sukan itu pada tahun 2019.

Anda boleh tonton video penuh di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca