Didakwa Melanggar SOP Ketika Majlis Tahnik, Ini Respons Siti Nurhaliza

Baru-baru ini, isu hangat menampar dunia hiburan Malaysia apabila penyanyi nombor satu negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza didakwa telah melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP).

sumber: Kosmo

Hal ini bangkit setelah warga media sosial mula menyoalkan kehadiran individu yang perlu merentas negeri demi menjayakan majlis tahnik buat anak yang baru dilahirkannya itu. Warganet meluahkan rasa kecewa dan tidak puas hati terhadap perkara ini dan turut ingin berhenti menyokong penyanyi tersebut.

Susulan dari reaksi panas ini, Dato’ Sri Siti Nurhaliza tampil memberi respons di media sosial Instagram beliau. Kenyataan rasmi yang dikeluarkannya itu menggariskan bahawa tiada sebarang aktiviti rentas negeri yang berlaku.

Kata beliau, atur cara majlis adalah mengikut dan mematuhi syarat penganjuran majlis sosial selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Beliau turut memberi pencerahan terhadap tuduhan mengenai kehadiran Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, yang sebenarnya hanya kebetulan berada di negeri tersebut atas urusan kerja.

Di samping itu, Siti juga menegaskan bahawa beliau tidak akan sesekali membelakangkan undang-undang dalam apa juga perkara yang dilakukan. Beliau dan pasangan turut mengambil kesempatan untuk memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak yang tersinggung.

Dikatakan ini adalah kenyataan terakhir beliau mengenai isu ini kerana ingin fokus kepada berpantang setelah melahirkan anak lelakinya, Muhammad Afwa. Siti mengharapkan agar perkara ini dapat diselesaikan serta difahami dengan baik.

Artikel menarik lain:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca