Didakwa Lewat Tiba Padam Kebakaran, Anggota Bomba Ini Cedera Diserang

Sebuah rakaman video menunjukkan penduduk tempatan menyerang sekumpulan anggota bomba di Kampung Belipat, Jalan Punang dekat Lawas, Sarawak semasa mereka cuba memadamkan api marak tular di media sosial.

Sekiranya anda menonton video berkenaan, terdapat seorang lelaki mengamuk dan kemudiannya bertindak membaling objek semasa anggota bomba sedang memadamkan api yang sedang marak pada rumah berkenaan.

Seorang lagi anggota bomba yang cuba membantu untuk memadamkan api itu juga telah ditumbuk dari belakang oleh penduduk tempatan lain sehingga beliau terjatuh.

Anggota Bomba di tumbuk semasa menjalankan tugas,kesian abang Bomba Anggota bomba diserang ketika memadam kebakaran rumah di Kampung Belipat, Lawas, Sarawak semalam ( Sabtu19.6.2021)#bombapenyelamat#Mylahaddatu

Posted by MY Lahad Datu on Saturday, June 19, 2021

Bagi menyelamatkan ahli pasukan yang diserang, anggota bomba yang sedang memadamkan kebakaran itu segera menghalakan hos kepada penduduk tempatan. Beliau turut menghalakan hos bomba itu untuk meleraikan insiden pergaduhan berkenaan daripada menjadi lebih teruk.

Memetik laporan Astro Awani, anggota bomba itu telah diserang kerana didakwa lewat tiba ke tempat kejadian untuk menyelamatkan rumah jenis tidak kekal yang terbakar.

Selepas diserang oleh penduduk tempatan, anggota bomba yang mengalami cedera ringan itu telah memfailkan laporan polis pada hari yang sama iaitu Sabtu (19 Jun).

Buat anda yang masih keliru, Balai Bomba dan Penyelamat Lawas telah menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada 3.18 petang semalam.

19/06/2021, Sabtu (1518 hrs) – BBP Lawas terima panggilan kecemasan kebakaran rumah kediaman beralamat di Kampung…

Posted by Balai Bomba Dan Penyelamat Lawas on Saturday, June 19, 2021

Selepas menerima panggilan tersebut, sebuah jentera dengan kekuatan tujuh anggota kemudiannya bergegas ke tempat kejadian yang terletak enam kilometer dari balai.

Kebakaran tersebut telah menyebabkan sebahagian besar daripada rumah berkenaan dan dua buah kereta musnah. Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca