Didakwa Langgar SOP, Majlis Perkahwinan Pasangan Selebriti Ini Disiasat Polis

Selepas tular video majlis perkahwinan pasangan selebriti terkenal yang dipercayai telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 di Genting Highlands, Pahang pada 15 Disember lalu, polis kini sudah membuka kertas siasatan.

Memetik laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Bentong iaitu Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata pihak polis menerima laporan berkaitan video berdurasi 41 saat itu yang memaparkan majlis perkahwinan pasangan berkenaan di sebuah vila di Genting Highlands.

Menurut Zaiham lagi, hasil siasatan pihak polis mendapati majlis itu berlangsung pada pukul 8.30 malam pada 15 Disember lalu.

Sumber: Kosmo

“Menerusi video itu, pihak polis menjalankan siasatan awal dan mendapati terdapat tetamu yang hadir tidak memakai pelitup muka dan tidak mengamalkan penjarakan fizikal.

Aktiviti itu dilihat telah melanggar SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 dan polis telah membuka kertas siasatan bagi mengesan dan mengenal pasti kesemua individu terlibat,” ujarnya.

Dalam pada itu, kes tersebut akan disiasat di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPB) 2021 kerana tidak memakai pelitup muka dan tidak menjaga penjarakan fizikal.

Zaiham turut meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan insiden tersebut. Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk terus mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca