Seorang wanita berusia 52 tahun dihukum penjara sekitar dua tahun selepas didapati bersalalah mengurung dan mengabaikan kakaknya yang berkeperluan khas dalam sebuah kandang kayu di rumahnya.
Tertuduh, Leona Biser dari Pennysylvania dipercayai telah membina dan mengurung kakaknya, Loretta Lancaster di dalam kandang kayu buatan sendiri di rumah mereka, memetik laporan portal Daily Mail.
Menurut pihak pendakwa raya, wanita terbabit telah mengurung mangsa, 54 di kandang kayu dalam rumah mereka selain membiarkannya dengan tilam kotor.
Lebih menjijikkan lagi, rumah Biser dipenuhi dengan semak, najis di merata-rata, sarang serangga serta ular.
Ketua peguam Pennsylvania, Josh Shapiro menyifatkan bahawa rumah itu tidak sesuai untuk diduduki dengan ketiadaan tandas atau bekalan air.

“Apa yang tertuduh lakukan terhadap kakaknya tidak dimaafkan. Namun perbicaraan hari ini adalah untuk mendapatkan keadilan”
“Mana-mana individu yang didapati mendera orang lain di Pennsylvania akan didakwa atas kesalahan itu,” ujarnya.
Dipercayai mangsa yang mempunyai kemampuan mental seperti anak kecil telah dipindahkan dari rumah tersebut dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut pada awal tahun lalu.
Dia kemudiannya dirawat untuk masalah jangkitan salur kencing dan Rhabdmyolysis iaitu, satu penyakit yang menyebabkan tisu otot rosak dan boleh mengakibatkan kematian.
Kehidupan wanita malang itu terbongkar apabila agen Khidmat Perlindungan Orang Dewasa telah mengunjungi rumah dihuni dua beradik pada Ogos 2019, di mana mangsa didapati berada dalam keadaan melutut dalam kurungan sangkar kayu tersebut, tambah portal itu.
Namun, tertuduh mendakwa berbuat demikian bagi melindungi kakaknya daripada terjatuh dan cedera.
Setelah tiga bulan kemudian, agen tersebut kembali dengan membawa doktor, mereka mendapati bahawa wanita itu tidak lagi dapat berdiri atau berjalan.
Berikut daripada hasil pemeriksaan, dilaporkan pihak polis telah menemui botol kanak-kanak yang mengandungi susu dalam sangkar kayu tersebut.
Ahli keluarga yang lain mendakwa keadaan bertambah lebih buruk apabila ibu kepada kedua-dua wanita tersebut meninggal dunia pada 2018 lalu, lapor portal Daily Mail.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah: