Didakwa Kaki Buli Ketika Zaman Sekolah, Ini Respons Uqasha Senrose

Selepas melalui episod hitam di Singapura baru-baru ini, pelakon Uqasha Senrose sekali lagi menjadi bualan ramai selepas didakwa telah membuli pelajar lain ketika zaman persekolahannya.

Respons Uqasha

Sumber: Instagram @uqashasenrose2

Menerusi ciapan di laman Twitter, pelakon The Hotel 2: Jiwa Yang Kau Puja itu mengaku bahawa dia terkejut dan trauma dengan tuduhan tidak berasas yang dilemparkan individu berkenaan.

“Allahuakbar masya-Allah Subhanallah. Lepas apa jadi yang sangat besar kepada saya dan suami, ada pula yang cakap saya dan fitnah saya sebagai pembuli.

Dengan satu gambar itu saya dah dicop sebagai pembuli. Siapa yang tengah buli mental siapa ni dan gambar tu siapa yang ceria?” tulisnya.

Sumber: Instagram @uqashasenrose2

Pelakon Perempuan Tanpa Dosa itu turut memilih untuk menyerahkan hal tersebut kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.

“Kepada awak yang telah menabur fitnah, kita akan bertemu tidak lama lagi.

Jangan risau. Polis akan buat siasatan semua tentang awak. Allah itu Maha Besar.

Awak boleh sekat akaun saya selepas ini tetapi kami sudah dapat semua perbualan dan maklumat. Dunia ini kecil,” tulisnya.

Uqasha bagaimanapun tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut sebaliknya ingin fokus kepada kesihatan suaminya Kamal Adli dan diri sendiri.

“Dengan keadaan macam ni, baiklah saya fokus on my husband and myself.

Saya masih dalam keadaan terkejut dan trauma dan difitnah sebagai pembuli. Allahuakbar,” tulisnya lagi.

Penjelasan Uqasha di TikTok

Sumber: Instagram @uqashasenrose2

Tidak mahu berdiam diri, Uqasha tampil membuat siaran langsung di TikTok untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan yang dilemparkan individu berkenaan.

Menerusi siaran langsung di laman TikTok, Uqasha turut meminta individu terbabit mengemukakan bahan bukti sekiranya benar wanita itu adalah mangsa buli seperti yang didakwa.

“Kalau betul kata-kata awak yang awak sudah bagitahu di Twitter awak tu, kemukakan bukti. Saya sikit pun tak takut. Saya berani kerana saya benar,” jelasnya.

Aktres itu berkata bahawa dia tidak tahu niat individu berkenaan sedangkan perkara itu sama sekali tidak benar.

“Apa niat awak? Sampai trending, buruknya nama saya. Nama saya trending nombor satu orang cakap saya kaki buli. Kenapa? Kita zaman sekolah. Apa bukti? Kemukakan bukti.

Senang cerita macam ni lah kalau anak awak kena buli. Saya pembuli, anak awak takut pergi sekolah sampai nak ambil nyawa sendiri segala.

Awak tak beritahu mak awak? Mak awak tak jumpa pihak sekolah? Sekolah kita tak ada cikgu disiplin? Jangan jadi otak singkat ataupun kurang bijak konon-konon nak backup. Jangan dengar sebelah pihak,” ujarnya.

Apa pendapat anda? Anda boleh tonton video penjelasan Uqasha di sini dan pautan ini.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca