Didakwa Kahwin Dengan Karpet Kesayangan, Wanita Ini Namakan ‘Pasangan’ Hidupnya Mat

Cinta itu buta. Walaupun ia kedengaran pelik, namun itulah realiti hidup Bekki Cocks selepas membuat keputusan untuk berkahwin bersama karpetnya iaitu Mat.

Wanita berusia 26 tahun itu memakai gaun perkahwinan berwarna putih pada hari perkahwinannya dan berjanji akan sentiasa mencintai serta menjaga Mat sehingga kematian menjemput mereka.

Sumber: The Sun

Rupa-rupanya, ibu kepada dua orang anak ini mendapat idea untuk melangsungkan perkahwinan bersama karpet kesayangannya kerana usikan rakan-rakan itu sendiri!

Usikan itu berbunyi, “Kalau kamu dah suka sangat, kenapa tidak berkahwin sahaja dengan karpet itu?”

Dalam pada itu, Bekki berkata bahawa dia akan baring dan berbual dengan Mat tentang perkara peribadi setiap kali anak-anaknya tidur.

Tambahnya, dia akan sentiasa pastikan Mat dalam keadaan bersih dan akan membersihnya setiap hari tanpa jemu.

Sumber: The Sun

Selain itu, wanita itu turut berjanji untuk tidak berjalan di atas ‘suaminya’ lagi.

Walau bagaimanapun, kepada para pembaca yang setia menanti plot twist untuk cerita ini, Bekki memuat naik sebuah posting di laman Facebooknya pada Isnin lalu yang menjelaskan gambar yang tular itu merupakan lawak jenaka sahaja.

Bekki bertegas bahawa dia tidak berkahwin dengan Mat sebaliknya foto itu adalah untuk mempromosikan barangan Dr Beckmann.

Walaupun begitu, andaikata Bekki benar-benar melangsungkan perkahwinan bersama Mat, itu bukanlah sesuatu yang pelik! Hal ini kerana banyak insiden seperti ini pernah dilaporkan sebelum ini. Semoga pasangan ini kekal bahagia sehingga ke akhir hayat!

Sumber: The Sun

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca