Didakwa Jadikan Orang Kena Tuduh Sebagai Konten TikTok, Pegawai Beruniform Ini Dikecam Hebat

Seorang pegawai beruniform menerima kecaman hebat apabila memuat naik satu video mendedahkan identiti individu yang didakwa sebagai Orang Kena Tuduh (OKT) di TikTok.

Sekiranya anda menonton video berdurasi 39 saat itu, seorang wanita beruniform sedang merakam dirinya sendiri sambil berkata, “Sila beri laluan ya. Saya nak ke mahkamah ni.”

Wanita terbabit kemudiannya dilihat mula merakam persekitarannya di mana anda boleh nampak ada tiga orang lain dalam kereta sama dan salah seorang daripadanya dipercayai adalah OKT.

Sumber: Twitter @My_CrimeWatch

Selepas video itu tular, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet berkata pegawai beruniform tersebut tidak amanah dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.

Pegawai itu juga dipercayai telah melanggar hak privasi individu yang didakwa sebagai OKT apabila mendedahkan identiti wanita berkenaan.

Selain itu, ramai juga yang dilihat mempersoalkan etika kerja dan profesionalisme wanita berkenaan kerana main TikTok dan memuat naik konten seperti ini ketika bertugas.

Pada waktu artikel ini ditulis, identiti pegawai wanita berkenaan dan sama ada beliau telah benar-benar menggunakan OKT untuk dijadikan sebagai kandungan video itu masih belum dapat dipastikan lagi.

Apa pendapat anda?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan TikTok, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca