Didakwa Hina Warga OKU Dalam Konten, TikToker Tampil Mohon Maaf

Seorang lelaki telah mendapat respon negatif daripada warganet kerana satu konten TikToknya dianggap telah memperlekehkan dan menghina golongan orang kurang upaya (OKU).

Dalam video berdurasi 37 saat itu, lelaki berkenaan telah berkongsi kepada penonton bahawa cara untuk mendapatkan parkir ialah dengan berpura-pura cacat agar kereta boleh diparkir di parkir khas orang OKU.

Pada awal video itu, lelaki tersebut menceritakan bahawa dia sekarang berada di Mid Valley dan di sana susah untuk mendapatkan parkir kereta. Katanya, rakannya Ajim memberitahu bahawa terdapat cara yang berkesan untuk dapatkan parkir tetapi cara ini pelik sedikit.

Dia kemudiannya mengalihkan kamera ke arah rakannya Ajim itu yang sedang berpura-pura menjadi pesakit OKU dengan berjalan seperti dia mempunyai kecacatan.

Warganet memberi pandangan mereka terhadap video TikTok berkenaan di laman twitter:

Membalas respon negatif daripada warganet, tiktoker tersebut dengan nama akaun iswanishak, tampil memohon maaf dalam satu video yang lain.

Kata Iswan Ishak, “Saya nak minta maaf terlebih dahulu berkenaan video tersebut, mungkin salah saya sebab tak habis cerita.”

Dia mengakui bahawa video tersebut adalah konten untuk tiktoknya, namun konten tersebut hanyalah lakonan kawannya untuk menunjukkan realiti masa sekarang.

“Betul video itu adalah konten dan kawan saya Ajim melakonkan kembali apa yang kita nampak dalam realiti masyarakat sekarang. Jadi apa yang saya buat itu sebenarnya, realitinya memang ada orang normal cuba menjadi OKU untuk mendapatkan tempat parkir.

“Jadi kalau tengok dalam video itu pun, parkir dia pun bukan parkir OKU tetapi hanya parkir biasa saja. Jadi saya yang bersalah kerana di akhir video itu saya tidak mengatakan bahawa ada sesetengah bahagian dalam video tersebut tidak boleh dilakukan.

“Saya memohon maaf atas keterlanjuran ini.”

@iswanishak

Kepada rakyat malaysia dan golongan oku saya memohon maaf🙏🏻..matlamat video itu tersalah erti..silap nya dari saya .terima kasih kerana menegur saya

♬ original sound – iswan ISHAK – iswan ISHAK

Sehubungan dengan kejadian ini, penulis ingin mengingatkan pembaca bahawa zaman sekarang maklumat amatlah mudah untuk tersebar.

Dalam menghasilkan konten, haruslah kita sentiasa berhati-hati dan berfikir dahulu sebelum ingin berkongsi ia di mana-mana laman sosial kerana kalau tersilap langkah ia mungkin dapat memburukkan imej diri kita sendiri.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca