Didakwa Hina Wanita, Pantun Dewan Bahasa Dan Pustaka Ini Cetus ‘Perang’ Di Media Sosial

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) iaitu sebuah institusi yang bertanggungjawab menghidupkan bahasa di Malaysia baru-baru ini mencuri perhatian orang ramai apabila memuat naik satu pantun di laman Twitter.

Pantun itu berbunyi, “Apa guna berkain batik kalau tidak memakai capal, Apalah guna beristeri cantik kalau tidak pandai menumbuk sambal.”

Sumber: Twitter Dewan Bahasa dan Pustaka

Menerusi tinjauan kami di laman Twitter, ramai orang menganggap bahawa pantun ini bukanlah seksis dan cuba untuk merendahkan kaum wanita seperti yang didakwa oleh sesetengah warganet:

Dalam pada itu, pantun ini turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Balik Pulau, Muhammad Bakhtiar dan badan bukan kerajaan, All Women’s Action Society (AWAM) yang mempelawa DBP untuk hadir ke kelas bagi mempelajari lebih banyak berkenaan jantina:

Selepas pihak DBP menerima kecaman hebat daripada warganet, beberapa individu tampil membetulkan keadaan dengan menjelaskan bahawa pantun berkenaan tidak boleh diambil secara terus tetapi ia perlu difahami bersama dengan maksud.

Secara ringkasnya, terdapat banyak maksud di sebalik pantun tersebut tetapi semuanya mengambil subjek yang sama iaitu pantun berkenaan adalah secebis nasihat buat para lelaki dan bukannya untuk memburukkan kaum wanita:

Nisah Haron memberi penjelasan berkenaan sastera lama terbabit dengan berkata, “Pantun itu tentang suami yang tidak pandai melayan isteri secara batin. Atas sebab itu, ia dikatakan buat apa beristeri cantik sekiranya tidak pandai layan isteri.”

Tambahnya, pantun tersebut secara luasnya menggambarkan tanggungjawab suami kepada isteri, “Hubungan itu dua hala dan menjadi tanggungjawab suami untuk menentukannya.”

Apa-apa pun, bahasa Melayu ini penuh dengan kiasan dan budi bicara. Sekiranya apa yang diambil hanya permukaan, kita akan terlepas apa yang berada di dalamnya.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca