Didakwa Hina Melayu Dengan Poster Filem Babi, Ini Penjelasan Namewee

Filem terbaharu arahan Namewee iaitu Babi telah mencuri perhatian ramai terutama sekali rakyat Malaysia. Bukan sahaja pencapaian Babi menjadi buah mulut, ada juga yang mendakwa ia telah menyentuh sensitiviti kaum melalui tulisan-tulisan dalam poster filem berkenaan.

Sumber: Coconuts

Untuk dijadikan cerita, terdapat laporan polis yang telah dibuat terhadap Namewee kerana poster tersebut. Atas sebab itu, Namewee akhirnya ‘buka mulut’ tentang isu tersebut menerusi satu video di laman Facebook.

Pengarah berkenaan bagaimanapun menyangkal kenyataan mendakwa dirinya menghina orang Melayu dan bersikap perkauman. Menurutnya, beliau tidak akan mengambil pelakon berbangsa Melayu dan lain-lain kaum serta tidak akan meletakkan sari kata bahasa Melayu dalam filemnya sekiranya bersikap racist.

Buat anda yang masih keliru, filem ini tidak akan ditayangkan di Malaysia. Walau bagaimanapun, ia hanya akan ditayangkan dalam festival filem antarabangsa dekat empat tempat berbeza.

Untuk rekod, filem Babi telah tercalon dalam empat festival filem antarabangsa iaitu Open World Toronto Film Festival (kategori pengarah terbaik dan pelakon terbaik), Around International Film Festival Berlin (Best Feature Film), International Thai Film Festival 2020 dan Taipei Golden Horse Film Festival (Best Original Film Song).

Pada pendapat anda, adakah filem ini menyentuh sensitiviti kaum atau sebaliknya?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca