Didakwa ‘Hina’ BlackPink, Peminat Tuntut Namewee Mohon Maaf

Lagu terbaharu Namewee iaitu You Know Who Is My Father? yang dilancarkan pada 28 Mei lalu telah mencetuskan kontroversi dan membangkitkan kemarahan orang ramai.

Ini kerana bait lirik dalam lagu itu yang merujuk kepada BlackPink agak kurang sopan. Selain itu, lagu dan video muzik itu juga telah objektifikasi golongan wanita.

Sumber: Instagram @blackpinkofficial

Sementara itu, tinjauan kami di ruang komen YouTube mendapati rata-rata warganet terutama sekali Blink iaitu peminat BlackPink mendesak Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee untuk membuat permohonan maaf kepada kumpulan ikonik K-Pop yang dianggotai oleh Jisoo, Jennie, Rose dan Lisa serta para wanita:

Mana tidaknya, orang ramai mendakwa lirik lagu yang dinyanyikan Namewee itu bersifat menyinggung perasaan dan turut seksualkan perempuan dalam video berkenaan.

Sumber: Twitter

Dalam pada itu, You Know Who Is My Father? ialah kolaborasi antara Namewee dan platform perjudian secara dalam talian. Lirik lagu itu juga telah menggunakan bahasa Melayu, Mandarin dan Inggeris.

Untuk pengetahuan anda, ini bukan kali pertama nama Namewee terpalit dalam kontroversi. Sebelum ini, poster filem arahan Namewee iaitu Babi didakwa telah menghina orang Melayu.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca