Didakwa Hina Agama Dengan Anggap Tuhan Seperti Ibu Bapa, Pawang Hujan Ini Dikecam Hebat

Pawang hujan Rara Istiani Wulandari ataupun lebih mesra disapa Mbak Rara sekali lagi menjadi bualan ramai apabila dia dianggap menghina agama atau rasis.

Untuk pengetahuan anda, Mbak Rara pernah mencuri perhatian orang ramai sebelum ini selepas dia melakukan ritual ‘menolak’ hujan semasa perlumbaan MotoGP di Litar Mandalika di Indonesia.

Walau bagaimanapun, tindakan Mbak Rara yang memberi perumpamaan Tuhan sebagai ibu bapanya mengundang amarah warganet beragama Islam.

Sekiranya anda menonton video yang dimuat naik oleh Ummat Rasulullah Aswaja di laman Instagram, Mbak Rara yang memakai pakaian serba merah sedang menceritakan bagaimana dia melakukan ritual.

Sumber: OhBulan!

Namun, apa yang lebih mengejutkan orang ramai ialah pawang hujan itu memanggil Tuhan sebagai ibu bapanya. Wanita itu berkata dia akan bercakap seolah-olah seperti dengan ibu bapa jika sedang berbicara dengan Tuhan.

“Jadi sebelum matahari terbit kita kena keluar atau bercakap. Saya bercakap dengan Tuhan seperti bercakap dengan sosok ibu dan bapa. Bokap nyokap (ibu bapa) hari ini Rara mahu cuaca cerah di Batubara,” ujarnya.

Menerusi tinjauan kami di laman Instagram, tindakan pawang hujan itu menimbulkan kemarahan orang ramai terutamanya yang beragama Islam. Ada juga di antara mereka yang menyifatkan tindakan Mbak Rara sebagai menghina agama. Anda boleh tonton video penuh di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca