Didakwa Hidup Mewah, Peniaga Burger Ini Tampil Beri Penjelasan

Seorang peniaga burger bernama Wan Mohd Faisal Wan Kadir baru-baru ini menjadi bualan ramai selepas beliau dikenakan kompaun sebanyak RM50,000 kerana beroperasi melebihi had masa.

Kisah Faisal turut berjaya mencuri perhatian selebriti ternama tanah air iaitu Noor Neelofa Mohd Noor yang menawarkan bantuan untuk menyelesaikan bayaran kompaun berkenaan.

Belum pun reda simpati orang ramai, nama peniaga burger itu sekali lagi tular apabila beberapa pendedahan daripada orang ramai mendakwa terdapat plot twist di sebalik kisah Faisal sebelum ini.

Ada yang mendakwa Faisal dan isterinya iaitu Nor Laili Shafii sebenarnya hidup mewah. Menerusi perkongsian berkenaan, mereka turut memuat naik beberapa keping gambar yang memaparkan kehidupan sebenar peniaga burger berkenaan seperti pernah menikmati hidangan di restoran Tomahawk dengan bil mencecah RM1,000 dan menggunakan kereta import.

Sumber: The Vocket

Menerusi satu hantaran dimuat naik di laman Facebook Faisal Burger, pasangan itu tampil menjawab segala tohmahan yang dilemparkan terhadap mereka.

“Terima kasih. Kelly sabar sahaja. Biarlah dengan mulut orang. Banyak fitnah, banyak lagi pahala dapat dekat Kelly dengan Abang Pesa,” berikut adalah coretan dalam loghat Kelantan dipercayai telah ditulis oleh Nor Laili yang membahasakan dirinya sebagai Kelly (Kak Laili).

Sumber: Facebook Nia

“Orang yang kenal kita sahaja tahu segala kisah kami. Yang duduk viral-viral tidak tahu apa-apa. Apa yang saya mahu bercerita dekat sini adalah peniaga kecil seperti kami kena kompaun RM50,000.

Kami beli kereta itu sebelum kehadiran wabak COVID-19 itu lagi. Sekiranya tahu COVID-19 akan melanda sehingga peniaga tidak boleh berniaga, kami tidak akan beli,” jelas pemilik Faisal Burger itu dalam satu hantaran berasingan di laman Facebook.

Buat anda yang masih keliru, pasangan ini telah memuat naik keluhan mereka di media sosial selepas dikenakan kompaun pada Ahad lalu, Menerusi hantaran tersebut, mereka meluahkan rasa kesal dan percaya tindakan kompaun dengan jumlah tersebut adalah tidak adil kerana mereka hanya peniaga kecil.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca