Didakwa Hidang Daging Khinzir, Restoran Sushi Jiro Nafi Tuduhan Wanita Ini

Sushi tidak asing lagi daripada minda masyarakat Malaysia masakini. Lambakan hidangan Jepun membuatkan kita rambang mata dengan pelbagai pilihan yang ditawarkan.

Walau bagaimanapun bagi masyarakat yang beragama Islam, sudah semestinya status halal bagi satu-satu makanan atau minuman merupakan tanggungjawab kita.

Salah satu restoran sushi terkenal di negara ini iaitu Sushi Jiro baru-baru ini dituduh menghidang daging babi oleh seorang wanita,

Difahamkan khabar angin yang dimuat naik di Facebook milik wanita tersebut mendakwa bahawa restoran sushi di Central i-City Shah Alam itu menghidangkan daging khinzir.

Menerusi perkongsian tersebut, kakitangan Sushi Jiro yang memaklumkan kepada beliau bahawa restoran tersebut menghidangkan daging khinzir serta tidak membenarkannya bersama keluarga masuk ke premis itu.

Perkongsian wanita yang dikenali sebagai Emma itu mendapat perhatian warganet dan sudah tersebar luas di media sosial walaupun sudah dipadam oleh pemilik akaun tersebut.

Lantaran itu, Sushi Jiro mengeluarkan kenyataan bagi menafikan pertuduhan wanita berkenaan. Mereka menyatakan bahawa Sushi Jiro tidak menjual daging khinzir.

Malah, tuduhan tersebut akan disiasat oleh pihak Sushi Jiro dan tindakan sewajarnya akan diambil.

Untuk pengetahuan anda, Sushi Jiro tidak disahkan halal namun menu utamanya tidak mempunyai daging khinzir. Tambahan pula, restoran ini juga tidak menghidangkan alkohol.

Namun, terdapat juga hidangan yang menggunakan mirin atau cooking sake. Mirin merupakan sejenis arak beras Jepun yang mempunyai kandungan alkohol yang sedikit iaitu 14 peratus.

Ada juga warganet yang mempersoalkan penggunaan mirin dalam penyediaan makanan di restoran tersebut.

Sumber: Facebook

Apa pendapat anda tentang perkara ini?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca