Didakwa Hanya Ambil 1 Kaum Sahaja Jadi Pekerja, Bonia Tampil Beri Penjelasan

Syarikat fesyen Bonia tampil menjawab tuduhan warganet selepas ia menerima kecaman hebat daripada orang ramai semalam yang mendakwa ia menjadi tempat kerja untuk satu kaum sahaja.

“Kami di Bonia mahu menangkis beberapa salah faham yang video itu telah berikan tentang kami sebagai sebuah syarikat.

Kepelbagaian kaum di tempat kerja adalah penting bukan sahaja untuk perkembangan kerjaya peribadi tetapi ia juga penting untuk kami sebagai jenama gaya hidup yang progresif.

Kami adalah dan sentiasa akan menjadi sebuah syarikat yang berbangga dengan memupuk budaya kerja yang inklusif. Kami berbangga mempunyai pekerja daripada latar belakang berbeza daripada lembaga pengarah kami kepada staf pihak pengurusan dan pejabat serta petugas barisan hadapan.

Video ini memaparkan hanya sebahagian daripada syarikat kami dan tidak menunjukkan jenama kami secara menyeluruh. Kami sedang aktif memupuk kepelbagaian daripada protokol dan polisi pengambilan dalaman sehingga latihan untuk para pekerja,” ujarnya.

Sumber: Twitter @BoniaOfficial

Buat anda yang masih keliru, Bonia dikecam hebat selepas seorang pengguna TikTok memuat naik sebuah video tentang persekitaran kerja di syarikat itu tetapi ia kemudiannya tular di beberapa platform media sosial lain.

Sumber: Malaysiakini

Walaupun video itu sebenarnya diambil dengan niat yang baik iaitu mahu menunjukkan persekitaran kerja di Bonia, apa yang kurang enak di mata segelintir warganet adalah semua pekerja Bonia dalam video itu berbangsa Cina. Apa pendapat anda?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca