Didakwa Guna Steroid Untuk Bina Otot, Ini Respons Kim Jong Kook

Seorang jurulatih kecergasan terkenal di YouTube dari Kanada iaitu Greg Doucette menjadi bualan ramai selepas mendakwa Kim Jong-kook menggunakan steroid untuk mendapatkan bentuk badan ‘sado’ yang dimilikinya.

Greg mendakwa ia merupakan satu perkara yang mustahil untuk seseorang memiliki bentuk badan yang tegap dan berotot seperti Jong-kook pada usia 45 tahun.

Lelaki itu turut mendakwa individu berusia 45 tahun seperti Jong-kook tidak mempunyai tahap testosteron yang menggambarkan bentuk badannya sekarang.

Sumber: The Vocket

Tidak berhenti di situ, ahli bina badan terbabit sanggup bertaruh wang $1 juta (RM4,151,500) bahawa ahli Running Man itu menggunakan bahan terlarang.

Video tersebut mendapat perhatian Jong-kook dan beliau memuat naik sebuah entri baharu di saluran YouTube miliknya bagi membalas dakwaan tersebut.

Sumber: YouTube GYM JONG KOOK

Bukan itu sahaja, Jong-kook turut bersedia untuk menjalani pelbagai jenis ujian untuk membuktikan dirinya tidak mengambil steroid untuk membina otot badannya seperti yang didakwa.

Penyanyi terbabit menjelaskan bahawa bentuk badannya yang sasa itu merupakan hasil usahanya yang tidak berhenti bersenam dan juga mengamalkan gaya hidup sihat.

Jong-kook turut mengatakan jika sudah terbukti bahawa beliau tidak mengambil bahan terlarang seperti yang didakwa untuk membina ototnya, Greg boleh menyimpan sahaja wang yang ditaruhkan itu.

Sumber: Instagram @kjk76

Dakwaan ini turut mendapat perhatian para peminat Jong-kook dan rata-rata peminat memberikan sokongan kepadanya kerana tahu bagaimana beliau berusaha untuk mendapatkan badan yang tegap seperti itu.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca