*Gambar di atas hanya sekadar hiasan. Sumber: Marketing Interactive
Baru-baru ini, sebuah restoran berstatus halal yang mempunyai banyak cawangan di seluruh negara menjadi bualan ramai kerana didakwa menggunakan daging khinzir dalam mi kari mereka.
Namun, apa yang membuatkan ramai orang jadi lebih terkejut apabila dapat tahu bahawa restoran yang dimaksudkan itu ialah OLDTOWN White Coffee. Sekiranya anda mahu tahu, ia merupakan sebuah restoran yang sangat terkenal dan sering menjadi pilihan ramai.
Selepas dakwaan berkenaan menjadi tular, pihak bahagian hab halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kemudiannya mengunjungi cawangan tersebut untuk menjalankan siasatan lanjut.
Pihak JAKIM kemudiannya mengesahkan menerusi sebuah hantaran di laman Facebook mereka selepas menjalankan siasatan lanjut bahawa dakwaan tular itu adalah tidak benar.

Sebagai respons terhadap dakwaan tersebut, OLDTOWN White Coffee mengeluarkan sebuah kenyataan rasmi yang menjelaskan bahawa mereka sudah memegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sejak tahun 2010.
Untuk pengetahuan anda, OLDTOWN White Coffee sentiasa menggunakan bahan halal untuk menyediakan setiap makanan dan minuman yang disajikan di restoran tersebut.
Oleh itu, restoran ini telah menggesa orang ramai untuk berhenti berkongsi berita palsu yang mendakwa ia menggunakan daging khinzir dalam mi kari mereka.
Tidak berhenti di situ, pihak OLDTOWN White Coffee akan mengambil tindakan undang-undang sepenuhnya terhadap individu-individu yang didapati membuat tuduhan palsu.
Sementara itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet menyokong tindakan pihak OLDTOWN White Coffee untuk menyaman individu-individu yang menyebarkan berita palsu berkenaan:
harap saman juga, jangan drop macam tu je. biar jadi pengajaran pada pakcik makcik dekat luar sana jangan suka-suka nak hebahkan bende merepek gitu. taknak dengar cakap orang langsung huh https://t.co/AolCD9MAtI
— shima (@haneulnim926) November 16, 2020
SAMAN! https://t.co/90ZJDZV0az
— sif (@tcxxhgu) November 16, 2020
Setiap tahun mesti ada benda macam ni. 😪 Saman je la yang buat dakwaan palsu. https://t.co/0gIvDgEpFz
— صيفولله 🌺🇲🇾 (@sfllh_syhmi) November 15, 2020
asal benda sedap je nak tuduh ada babi. im so done https://t.co/TtP5CSCrng
— 지민 🌙 (@thechimchims) November 15, 2020
Saman je sebab menjatuhkan reputasi. Biar yang tukang sebar tu pakai sikit otak tu. Buat apa display semata kalau tak guna…#IStandWithOldTownWhiteCoffee#OldTownWhiteCoffee https://t.co/9Dr70LjXBI
— hD17 (@hdyh_D17) November 15, 2020
Saman jangan tak saman. https://t.co/NH5TpVfVTT
— (JustMe)🇲🇾#RakyatJagaRakyat# (@Kiraneia_Unwill) November 15, 2020
Saman je. Time dia nak sebar fitnah tu tak fikir plak the damage on the OTWC workers? Kalau tak saman, sampai kiamat la rakyat Malaysia ni tak faham dengan slogan “Tidak pasti, jangan kongsi.” https://t.co/IuxiPJbvRW
— ngidam burasak (@raoufarif) November 15, 2020
Apa-apa pun, semoga kejadian seperti ini tidak berulang lagi pada masa hadapan.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: