Didakwa Demi Lancarkan Laluan VIP, Ambulans Ini Terpaksa Mengalah Bersama Pemandu Lain

Jika sebelum ini tular sebuah rakaman video memaparkan ambulans terpaksa berhenti kerana mahu memberikan laluan kepada rombongan Perdana Menteri Malaysia ke Hulu Langat, Selangor untuk meninjau kerja-kerja pembersihan, perkara yang sama dipercayai berlaku sekali lagi baru-baru ini.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok memuat naik video yang memaparkan sebuah ambulans terpaksa berhenti bersama kenderaan lain kerana mahu memberi laluan kepada rombongan orang penting atau orang kenamaan (VIP).

Sumber: The Vocket

Insiden ini dipercayai berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban. Bukan sahaja ambulans, anda dapat melihat banyak kenderaan terpaksa berhenti semata-mata kerana mahu melancarkan perjalanan konvoi orang kenamaan itu dalam video tersebut.

Menerusi tinjauan kami di laman Twitter, rata-rata warganet dilihat bengang dan berasa tidak senang dengan situasi itu. Mana tidaknya, orang ramai berkata ambulans seharusnya diberikan keutamaan dan bukannya konvoi VIP dalam situasi tersebut.

Orang ramai dilihat mengecam tindakan itu kerana golongan VIP itu seperti tidak boleh sabar dan hanya bersikap mementingkan diri.

Dalam pada itu, orang ramai menuntut penjelasan daripada pihak polis berhubung isu tersebut. Pada waktu artikel ini ditulis, pihak polis masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung isu tular tersebut. Apa pendapat anda?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca