Didakwa ‘Demand’ Vaksin Pfizer, Ini Respons Ifa Raziah

Pelakon dan pengacara sensasi, Ifa Raziah menafikan dakwaan orang ramai yang menuduhnya sengaja membatalkan janji temu pada saat akhir kerana memilih jenis vaksin.

Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha berkata dia terpaksa membatalkan niat mengambil vaksin kerana terdapat kekeliruan dan salah faham yang berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.

“Miss Diva terpaksa batalkan vaksin hari ini (11 Julai) kerana tidak dapat suntikan Pfizer di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC). Bukannya mengada-ngada tidak mahu ambil vaksin,” tulisnya.

Sumber: Instagram @ifa_raziah

Ifa menjelaskan bahawa dia bukan sengaja mahu membatalkan janji temu pada saat akhir tetapi vaksin Pfizer sahaja dirasakan sesuai untuk diri dan penyakit yang dihidapinya.

“Itu hak kita nak ambil atau tidak walaupun sudah disediakan oleh kerajaan Malaysia dalam aplikasi MySejahtera. Setahu saya, mereka di MITEC akan dibekalkan dengan vaksin jenis Pfizer. Bila saya sampai, lain pula jadinya. Nak Pfizer tapi diberi Sinovac,” jelas Ifa tanpa mendedahkan jenis penyakit yang dihidapinya.

Pelakon drama Janda Kosmopolitan itu menyatakan doktor yang bertugas di PPV berkenaan turut mengeluarkan sepucuk surat sebagai rujukan untuknya agar mendapatkan vaksin bersesuaian sahaja.

Sumber: Instagram @ifa_raziah

“Bukanlah nak kata vaksin lain itu tidak okay dan Pfizer sahaja yang paling bagus. Untuk kes macam saya ini, Pfizer sahaja yang sesuai untuk penyakit yang saya ada.

Ini bukan soal mahu ke luar negara atau apa. Sama sekali tidak. Kalau cucuk 10 dos Pfizer sekali pun, bukan boleh terbang dan pergi luar negara sekarang,” katanya lagi.

Sumber: Instagram @ifa_raziah

Dalam pada itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet kurang bersetuju dengan pendapat Ifa:

Terdahulu, Ifa menerima kecaman hebat selepas memuat naik sebuah video memaparkan dirinya berada di PPV MITEC untuk divaksin tetapi terpaksa membatalkan hasrat tersebut kerana tidak dapat vaksin jenis Pfizer seperti yang diinginkan. Anda boleh tonton video penuh di sini.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca