Didakwa Curi Hasil Penyelidikan Pelajar, Ini Respons Universiti Malaya

Baru-baru ini, satu video berdurasi hampir dua minit tular di media sosial memaparkan seorang lelaki dari Yaman yang juga calon ijazah doktor falsafah (PhD) mendakwa hasil kajiannya telah diambil oleh Universiti Malaya (UM) tanpa pengetahuan beliau.

Memetik laporan Astro Awani, pihak UM telah memfailkan satu laporan polis pada Isnin lalu untuk menafikan dakwaan pelajar berusia 34 tahun itu.

“Ia merupakan dasar universiti bahawa hasil penyelidikan dan hasil ilmiah menjadi hak milik universiti,” ujarnya.

Calon PhD berkenaan iaitu Abbod Ali Mohammed Saeed telah membuat laporan polis mendakwa dua penyelianya menggunakan bahan penyelidikannya untuk kepentingan komersial mereka sendiri.

Sumber: The Vocket

Dalam kenyataan yang sama, pihak universiti memaklumkan bahawa mereka telah memberi peluang dan sumber untuk membantu Abbod menyempurnakan PhD beliau termasuk lanjutan tempoh pengajian sebanyak tiga semester selepas tamat tempoh maksimum 12 semester dengan yuran ditaja fakulti.

“Universiti juga telah mengadakan beberapa sesi kaunseling dan melantik penyelia tambahan bagi membantu beliau tetapi calon tersebut masih didapati tidak berupaya untuk menamatkan pengajiannya dalam tempoh pelanjutan yang diberi,” tambahnya.

Malaysiakini melaporkan Abbod menerima surat daripada Universiti Malaya pada Februari 2022 yang menamatkan pencalonan kedoktorannya dengan menyatakan kemajuan tidak memuaskan dalam dua semester berturut-turut.

Apa pendapat anda tentang penjelasan Universiti Malaya?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca