Didakwa Curang Ketika Isteri Hamil, Adam Levine Mahu Namakan Anak Dengan Nama Perempuan Simpanan

Penyanyi utama kumpulan pop rock Maroon 5 iaitu Adam Levine menjadi bualan ramai baru-baru ini selepas dia didakwa mempunyai hubungan sulit bersama seorang model yang dikenali sebagai Sumner Stroh selepas wanita itu memuat naik tangkap layar mesej mereka di laman TikTok.

Sekiranya anda menonton video berdurasi 90 saat itu, Sumner berkata dia mempunyai hubungan sulit bersama vokalis utama Maroon 5 itu selama kira-kira satu tahun sebelum wanita berkenaan berhenti berhubung dengan Adam.

“Saya muda dan naif pada waktu itu. Secara jujurnya, saya rasa seperti dieksploitasi,” luahnya.

@sumnerstroh

embarrassed I was involved w a man with this utter lack of remorse and respect. #greenscreen

♬ original sound – Sumner Stroh

Beberapa bulan selepas mereka tidak lagi berhubung, Sumner mendakwa telah menerima mesej daripada Adam yang bertanya jika dia boleh menamakan anaknya dengan nama wanita itu.

“Okay soalan serius. Saya akan dapat anak lelaki dan saya ingin menamakan anak saya dengan nama Sumner. Awak okay ke dengan itu?” tanya penyanyi She Will Be Loved itu.

Sumber: Twitter @kelsaywhat

Untuk pengetahuan anda, Adam telah mengikat tali perkahwinan bersama supermodel Victoria’s Secret iaitu Behati Prinsloo pada tahun 2014 dan pasangan itu mempunyai dua orang anak perempuan.

Pada awal September lalu, Adam dan Behati dilaporkan bakal menimang cahaya mata ketiga mereka.

Sumber: Instagram Adam Levine

Memetik laporan Malay Mail, Sumner berkata dia memutuskan untuk tampil ke hadapan selepas mengetahui bahawa rakannya telah cuba menjual tangkap layar perbualannya dengan Adam kepada tabloid.

“Saya tidak pernah mahu tampil ke hadapan kerana saya jelas tahu implikasi yang datang dengan apa yang saya buat iaitu memperoleh pendapatan sebagai model Instagram,” kata Sumner.

Dalam video susulan yang dimuat naik hari ini, Sumner menjelaskan lebih lanjut selepas warganet di ruang komen menuduhnya menjadikan diri sebagai mangsa.

“Saya sama sekali tidak cuba meraih simpati dan saya sedar sepenuhnya saya bukan mangsa (dalam) ini. Bahagian paling penting yang saya cuba sembunyikan adalah saya di bawah tanggapan bahawa perkahwinan mereka sudah berakhir.

Saya percaya mereka mendiamkan diri untuk mengelakkan berita negatif kerana seperti yang saya katakan sebelum ini saya baru sahaja di Los Angeles. Saya hanya menganggap begitulah keadaannya dengan selebriti-selebriti seperti mereka,” tambahnya.

Anda boleh tonton video penuh di bawah.

@sumnerstroh

Replying to @alanasanders89 addressing a few things I wish I had said in the first video

♬ original sound – Sumner Stroh

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca