Search
Close this search box.

Didakwa Cederakan Kekasih, Pemain Bola Sepak Ini Ditahan Polis

Seorang pemain bola sepak profesional tempatan telah ditahan polis selepas dia didakwa menyebabkan kecederaan kepada teman wanitanya di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor.

Memetik laporan The Star, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya iaitu Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita pada kira-kira jam 6 pagi Rabu.

“Wanita itu mendakwa bahawa dia mempunyai perselisihan faham dengan teman lelakinya yang merupakan seorang pemain bola sepak Liga Super Malaysia di sebuah hotel di sini (Petaling Jaya).

Sumber: mStar

Ketika pertengkaran itu, lelaki itu bertindak fizikal dan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian badan. Suspek juga merosakkan telefon bimbit mangsa.

Hasil maklumat dan risikan, pihak polis berjaya menahan suspek dalam satu serbuan di sebuah hotel di Petaling Jaya untuk membantu siasatan,” jelasnya dalam kenyataan pada Khamis.

Fakhrudin berkata suspek kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis.

“Suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan polis. Kami telah mengklasifikasikan kes itu kerana menyebabkan kecederaan secara sukarela.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323/427 Kanun Keseksaan,” tambahnya.

Terdahulu, media tempatan melaporkan seorang bekas pemain kebangsaan yang masih aktif dengan sebuah pasukan terkenal dipercayai telah membelasah kekasihnya sehingga cedera selepas berlaku pergaduhan antara mereka baru-baru ini.

Sinar Harian melaporkan perbuatan terbabit menyebabkan wanita itu mengalami lebam di tangan dan beberapa kesan calar sebelum dia mendapatkan rawatan susulan di sebuah klinik swasta.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca